Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Cadangan balai cerap bintang dan pusat kajian habitat pergunungan Universiti Kebangsaan Malaysia
Title:
Cadangan balai cerap bintang dan pusat kajian habitat pergunungan Universiti Kebangsaan Malaysia
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7982 ra
Abstract:
1.0 Pengenalan. 1.1. Latarbelakang Projek. Sebagai negara yang pesat membangun, negara Malaysia mempunyai saingan hebat dalam aspek ekonomi, sosio kebudayaan dan teknologi moden dari negara-negara jiran serantau. Berlanjutan dari perkembangan teknologi, budaya kita sedang mengalami perubahan yang melahirkan suatu masyarakat yang cenderung dalam bidang pembelajaran. Dengan ini tertubuhlah banyak institusi-institusi bidang pengajian tinggi yang meneroka aspek-aspek sains dan teknologi masa kini. Cendekiawan-cendekiawan berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk negara kita menceburi bidang-bidang yang sudah jauh diterokai oleh negara-negara Barat supaya kita tidak jauh ketinggalan dalam bidang ilmu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diberi geran untuk membina Balai Cerap Bintang dan Pusat Kajian Habibat Dataran Tinggi yang pertama di negara ini dibawah Rancangan Malaysia Ke 6. Kompleks ini merupakan suatu stesyen kajian dataran tinggi yang bertempat di Bukit Fraser.Ini membenarkan penggunaan kawasan hutan simpanan di sekeliling kompleks iniuntuk kajian keatas hidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dalam bidang astronomi, banyak lagi yang perlu dikaji melalui pemerhatian-pemerhatian dengan menggunakan teleskop kuasa tinggi. Oleh itu, banyak balai-balai cerap bintang uyang didirikan oleh negara-negara maju di posisi-posisi yang berbeza dimukabumi untuk mengkaji badan-badan cakerawala yang berlainan. Oleh kerana kedudukan penempatan yang sesuai adalah terhad di negara-negara maju, maka ia terpaksa bergantung kepada penggunaan balai-balai cerap bintang negara lain pada garisan-garisan hemisfera tertentu. Pemerhatian hanya boleh dibuat pada waktu malam dan oleh demikian, pemerhatian yang berterusan memerlukan 'peminjaman' balai cerap negara lain secara 'interlinked computer communication'. Perletakan balai cerap bintang di Bukit Fraser ini adalah salah satu daripada yang terdekat dengan Garisan Khatulistiwa. Oleh kerana bidang ini dianggap baru lagi, masyarakat kita akan menghadapi persepsi yang berbeza-beza. Pembangunan pesat juga mempunyai kesan-kesan fizikal yang ketara kepada keseimbangan ekologi. Tanpa kawalan yang terperinchi, ia akan memusnahkan persekitaraan dan habitat-habitatnya. Oleh kerana tidak banyak yang diketahui mengenai ekologi habitat pergunungan, maka pusat kajian ini ditubuhkan. Ia harus menunjukkan sifat sensitif terhadap persekitarannya melalui pembangunan terkawal yang optimal sebagai contoh kepada pembangunan di kawasan pergunungan yang lain.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Senibina)--Universiti Teknologi Malaysia, 1993.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002217770 QB81.M32 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page