Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Prestasi perumahan awam kos rendah di Ipoh : kes kajian perumahan awam kos rendah Majlis Perbandaran Ipoh
Title:
Prestasi perumahan awam kos rendah di Ipoh : kes kajian perumahan awam kos rendah Majlis Perbandaran Ipoh
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4050 ra
Abstract:
Dengan berkembangnya sesebuah bandar itu, berlaku berbagai ragam aktiviti di dalamnya. Sudah pasti pengerak utama kepada aktiviti-aktiviti dan pengembangan ini adalah manusia. Manusia-manusia ini memerlukan makanan, rumah, pelajaran, pekerjaan, pengangkutan dan lain-lain keperluan di bandar tersebut bagi menjalankan aktiviti di bandar itu. Ini jugalah yang terjadi terhadap Bandar Ipoh yang sedang pesat membangun ini. Dan bagi tujuan kajian ini, penulis akan mengambil satu daripada berbagai keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh setiap manusia itu iaitu perumahan. Perumahan adalah merupakan suatu keperluan asas bagi setiap individu keluarga. Oleh kerana tidak semua keluarga memiliki rumah mereka sendiri, maka perlumbaan untuk mendapatkan sesebuah rumah bagi satu keluarga bukanlah suatu hal yang menjadi rahsia lagi. Tetapi didalam proses untuk mencari rumah-rumah yang sesuai ini, terdapat berbagai masalah yang perlu mereka ini hadapi terutama sekali mereka-mereka yang berpendapatan rendah. Dimana dengan berkembangnya bandar itu, lebih banyak pertandingan-pertandingan berlaku diatas penggunaan tanahnya, akibatnya ruang-ruang untuk perumahan adalah menjadi terhad dan bernilai tinggi. Bagi mengatasi masalah ini dan membantu golongan-golongan yang tidak kurang pentingnya bekerjasama membangunkan bandar ini, pihak kerajaan adalah merupakan badan awam yang berperanan untuk mencapai kebajikan awam dan bertanggung-jawab menguntukkan perumahan untuk semua penduduk, dalam kuantiti yang cukup, kualiti yang memuaskan dan harga yang menasabah kepada setiap kumpulan manusia, iaitu konsep Perumahan Awamnya. Pada amnya ini bererti membina rumah-rumah, memilikinya dan menguruskan dan seterusnya menawarkannya ke pasaran kepada golongan-golongan yang benar-benar memerlukannya. Tetapi sejauh manakah perumahan awam ini berkeupayaan menyediakan kebaikan-kebaikan dan kualiti-kualiti yang diharapkan oleh golongan yang berpendapatan rendah sejajar dengan permintaan dan kehendak golongan tersebut akan dapat dilihat di dalam kajian ini nanti. Penulis akan mengkaji sedikit sebanyak mengenai Perumahan Awam Kos Rendah yang disediakan iaitu dari segi, - pengurusannya dari peringkat perancangan sehingga seterusnya, - pasaran perumahan awam ini iaitu mengenai permintaan terhadapnya dan sejauhmana penawaran yang dapat di sediakan oleh Pihak Berkuasa, - dan juga akan dilihat sejauhmana peranan Perumahan Awam ini bagi mengatasi beberapa masalah perumahan di kawasan kajian ini. Adalah diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat mengambarkan serba-sedikit prestasi Perumahan Awam Kos Rendah ini pada masa sekarang dan kemungkinan-kemungkinan dimasa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004541 HD7363.6.I66 K52 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page