Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Cadangan muzium keretapi Sentul, Kuala Lumpur
Title:
Cadangan muzium keretapi Sentul, Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7980 ra
Abstract:
MUZIUM KERETAPI ini dicadangkan di tapak di dalam kawasan Pusat Bengkel Sentul, Kuala Lumpur. Kedudukan tapak yang unik ini diperkayakan lagi oleh sejarah latar belakang tapak, sebagai nadi utama bengkel penyelenggaraan Keretapi Tanah Melayu yang terbesar di rantau ini se abad yang lalu. Pusat bengkel ini juga merupakan titik permulaan perkembangan bandar Sentul di mana telah mengujudkan suatu budaya keretapi dan sehingga kini masih dikenali sebagai keretapi. Di sini juga letaknya suatu kumpulan bangunan-bangunan kolonial yang tinggi nilai-nilai sejarahnya yang memerlukan pemeliharaan yang sempurna dan perlu dipertengahkan kewujudannya kepada umum, kerana buah masa kini ia seolah-olah suatu misteri dan bersikap tertutup. MUZIUM KERETAPI ini adalah komplek bangunan muzium yang digabungkan fungsinya dengan aktiviti bengkel, membentuk suatu konsep 'muzium hidup' (living museum). Kedua-duanya saling memerlukan untuk menjayakan konsep muzium ini. Bangunan muzium utama akan menempatkan bahan-bahan yang memerlukan lokasi khas sebagai pusat muzium, iaitu menjelaskan secara keseluruhan perkembangan Keretapi Tanah Melayu khasnya dan keretapi-keretapi lain di seluruh dunia amnya. Bahagian bengkel pula akan menjelaskan tentang operasi dan demonstrasi aktiviti-aktiviti bengkel secara benar dan hidup. MUZIUM KERETAPI ini adalah suatu tempat awam yang bukan hanya pusat pengetahuan tetapi juga pusat tumpuan pelancong, yang penuh dengan 'surprise'. Selain dari pameran barang-barang berkaitandengan keretapi, terdapat juga pameran kenderaan-kenderaan lain yang suatu ketika dahulu dikendalikan oleh KTM seperti, bomba, ambulan, kereta perisai, kapal terbang, lori dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan awam disediakan seperti kedai cendermata, kafetaria/restoren, perpustakaan, pusat penerangan, padang mainan, tempat berkelah dan peluang mengelilingi muzium bengkel dengan pengalaman menaiki keretapi wap lama. MUZIUM KERETAPI yang terletak di dalam kumpulan bangunan kolonial Inggeris yang kelihatan berat ini digabungkan dengan ekprasi dan rekabentuk senibina baru yang kelihatan lebih ringan. Gabungan senibina lama dan baru ini diselitkan dengan enjin-enjin keretapi berbagai rupa, memenuhi pelbagai era dan ini akan menjadikan muzium ini kelihatan lebih unik dan menarik.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001421 NA2420.M32 K825 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002215782 NA2420.M32 K825 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page