Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pusat pertumbuhan desa : strategi dan peranannya dalam pembangunan kawasan luarbandar (kajian kes : Mukim Binjal, Kubang Pasu, Kedah)
Title:
Pusat pertumbuhan desa : strategi dan peranannya dalam pembangunan kawasan luarbandar (kajian kes : Mukim Binjal, Kubang Pasu, Kedah)
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1984
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilm : mikrofilem 4375 ra
Abstract:
Keadaan kemunduran yang begitu ketara sekali diwilayah KEDA dibandingkan dengan wilayah MADA adalah merupakan masalah utama yang perlu diselesaikan dalam usaha untuk mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru. Berbagai strategi dan program pembangunan telah dibentuk bagi menseimbang kan pembangunan antara kedua-dua wilayah ini, disamping mempertingkatkan taraf penghidupan penduduk luarbandar. Dalam membangunkan wilayah mundur ini pendekatan yang biasa digunakan adalah lebih bercorak kepada penyelesaian masalah mengikut sektor-sektor tertentu. Program yang dikemukakan biasanya lebih menekankan terhadap usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran sektor pertanian misalnya melalui penggunaan teknologi - teknologi moden manakala aspek yang berkaitan dengan proses pembangunan fizikal dan ekonomi dilaksanakan secara yang berasingan. Kepentingan bagi mengintegrasikan faktor-faktor ekonomi seperti pengeluaran dan pulangan dengan faktor sosiobudaya dan institusi-institusi pembangunan luarbandar kurang dititikberatkan, walaupun nyata interaksi antara aspek-aspek tersebut merupakan ciri-ciri yang penting dalam membawa perubahan sosio-saikologikal dan sosiobudaya disamping perkembangan ekonomi tempatan. Dengan ini, satu bentuk pendekatan menyeluruh yang berbentuk bersepadu adalah perlu bagi menyelesaikan masalah kemunduran yang wujud. Pendekatan yang berasaskan penubuhan pusat pertumbuhan 'dikawasan luarbandar adalah dijangka merupakan pendekatan yang paling berkesan dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut. Pusat Pertumbuhan Desa ini akan merupakan elemen penggerak bagi mengujudkan pengaliran ekonomi dua hala yang lebih teratur antara kawasan bandar dan luarbandar. Peningkatan taraf ekonomi penduduk akan juga dapat dicapai dergan adanya rancangan-rancangan jangka panjang yang berupa program program pertanian dan industri desa dimana ianya akan mengelilingi pusat pertumbuhan ini bagi mengujudkan interaksi yang lebih berkesan. Dengan wujudnya jaringan interaksi yang lebih teratur diantara pusat pertumbuhan dengan kawasan sekitarnya, maka akan kuranglah berlaku kebocoran ekonomi desa yang begitu berluasa dimasa yang lampau serta punca utama yang menyebabkan kemunduran luarbandar.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Peramcangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003400 HN700.6.Z9 R82 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002937 HN700.6.Z9 R82 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page