Cover image for Kod pengesanan dan pembetulan ralat dalam transmisi maklumat dan komunikasi
Title:
Kod pengesanan dan pembetulan ralat dalam transmisi maklumat dan komunikasi
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8121 ra
Abstract:
Kod blok linear merupakan salah satu daripada jenis kod linear. Projek ini bertujuan mengkaji tentang sifat kumpulan kod blok linear sehingga membolehkannya berfungsi dengan berkesan dalam pengesanan dan pembetulan ralat. Walupun kaedah semakan pariti dan kaedah sindrom digunakan untuk mengesan ralat, kaedah pengesanan ini masih mempunyai beberapa kekurangan. Penggunaan konsep koset bagi suatu kod blok linear membolehkan pengesanan dan pembetulan ralatdengan corak ralat yang kecil. Ini diperjelaskan dalam pembinaan suatu barisan piawai yang bukan sahaja dapat mengesan suatu ralat tetapi juga dapat membetulkannya. Teori kebarangkalian memberikan informasi kemungkinan sesuatu ralat wujud pada perkataan kod yang dihantar. Sistem transmisi maklumat jugamenggunakan teori kod ini dan bertujuan mengurangkan corak ralat dalam mesej yang dihantar. Kajian projek ini mendapati bahawa penggunaan konsep koset bagi suatu kod blok linear amat bersesuaian dengan sistem sedemikian kerana keupayaan mengesan dan membetul ralat kecil diberi perhatian.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Sains Industri (Matematik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002430217 QA268 L43 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order