Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Menguji ketepatan ketinggian dengan mengubah saiz korelasi menggunakan perisian desktop mapping system : softcopy photo mapper
Title:
Menguji ketepatan ketinggian dengan mengubah saiz korelasi menggunakan perisian desktop mapping system : softcopy photo mapper
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8032 ra
Abstract:
Di dalam penghasilan peta topografi dengan menggunakan kaedah fotogrametri manual, dua foto udara (stereo foto) yang bertindih digunakan untuk mendapatkan gambaran 3 Dimensi. Alat plot stereo yang biasa digunakan adalah terhad penggunaannya dan terlalu bergantung pada operasi manual. Pengendali alat plot perlu mahir menggunakan alat untuk mendapatkan nampakan stereo dan dapat menghapuskan paralaks-paralaks yang wujud secara melakukan orientasi. Disamping itu alternatif lain yang juga perlu diambilkira oleh pengendali alat plot ialah bagaimana untuk menggerakkan titik apung supaya bertindih dan kelihatan pada ruang imej (image space) sebagaimana di kedudukan titik tersebut pada ruang objek (object space) yang sebenarnya.Pada masa kini, kaedah numerikal telah diperkenalkan di dalam fotogrametri iaitu dengan hanya menggunakan maklumat imej digital dan penggunaan komputer. Teknik ini dikenali sebagai fotogrametri digital dan ianya dapat membentuk gambaran 3 Dimensi dengan cepat dan berkesan bagi tujuan berbagai kegunaan umpamanya menghasilkan kontor, imej rektifikasi ortho (orthophoto) dan gambaran perspektif untuk simulasi. Hasil dari fotogrametri digital adalah setanding dengan kaedah fotogrametri manual yang biasa digunakan dan ini dapat membantu dalam penghasilan peta dalam jangka waktu yang singkat.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Tanah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002368425 TA593 S25 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page