Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Keberkesanan perlaksanaan penyatuan tanah sawah dan kesannya ke atas nilai tanah : Kajian kes : Projek Ladang Merdeka Mulong-Lating : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Title:
Keberkesanan perlaksanaan penyatuan tanah sawah dan kesannya ke atas nilai tanah : Kajian kes : Projek Ladang Merdeka Mulong-Lating : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8006 ra
Abstract:
Perlaksanaan penanaman padi secara komersial dan besar-besaran memerlukan penyatuan tanah sawah. Perlaksanaan penyatuan tanah sawah untuk tujuan ini merupakan salah satu bentuk reformasi tanah di negara ini. Ia juga menajadi salah satu strategi yang telah diamalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani. Projek seumpama ini merupakan suatu yang baru bagi petani. Memandangkan perlaksanaanya memerlukan penyerahan hak untuk mengusahakan tanah, maka ramai di kalangan petani yang tidak yakin dan keberatan untuk menyertai projek sedemikian. Keadaan ini telah menimbulkan masalah untuk melaksanaannya. Sehubungan dengan itu, wajarlah masyarakat khususnya golongan petani mengetahui bagaimanakah sebenarnya bentuk perlaksaan projek yang hendak dilaksanakan. selain daripada itu, faedah-faedah yang dapat dinikmati oleh petani-petani yang telah menyertai projek amat penting untuk diketahui. Ini bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah pendirian negatif para petani dikawasan baru yang dipilih untuk dimajukan dengan projek seumpama ini. Faedah-faedah tersebut tidak hanya faedah dari segi peningkatan produktiviti dan pendapatan sahaja. Sebaliknya apa yang lebih penting ialah faedah dari segi perubahan terhadap nilai tanah, memandangkan tanah tersebut merupakan harta petani dan terlibat pula secara langsung dengan projek. Selain daripada itu faedah-faedah sampingan yang lain turut mempengaruhi perubahan terhadap nilai tanah yang terlibat dengan perlaksanaan projek.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda))--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002368011 HD1387 A955 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page