Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perancangan tapak pelupusan sisa industri di kawasan tanah gambut : kajian kes : daerah Batu Pahat
Title:
Perancangan tapak pelupusan sisa industri di kawasan tanah gambut : kajian kes : daerah Batu Pahat
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 8031 ra
Abstract:
Pembangunan industri di Batu Pahat telah menjanakan sebanyak 2000 tan sisa setahun. Kebanyakkan sisa yang dihasilkan menghadapi masalah untuk dilupuskandi mana amalan yang sedang diamalkan kajian ialah dengan menyimpan sisa didalam tong-tong dikawasan kilang, membuang ke alur-alur air serta sistem saliran dan tempat pembuangan sampah PBT. Ini mendedahkan bahaya kepada penduduk tempatan kerana sisa yang dibuang mengandungi bahan toksid yang mudah disebarkan kepada manusia melalui minuman dan makanan. Bagaimanapun beberapa siri kajian yang dijalankan di dalam dan luar negeri membuktikan potensi tanah gambut menyerap komponen sisa industri tertentu terutamanya sisa larutan logam, BOD, COD dan bahan pewrna yang dihasilkan oleh industri tekstil. Berdasarkan potensi tersebut, maka pemilihan lokasi tapak pelupusan sisa industri di tanah gambut telah menggunakan empat kriteria iaitu akssessibiliti, sistem slairan, kegunaan tanah di tanah gambut serta kedalaman tanah gambut. Daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan komponen utama sisa industri sperti bahan organik bertoksik, logam thallium, platinum serta emas dan TDS telah dianggap tidak dapatt dienapkan oleh tanah gambut. Ini disebabkan belum ada sebarang kajian yang mengaitkan komponen-komponen tersebut dengan penyerapaan oleh tanah gambut. Beerapa masalah telah dikenalpasti berkaitan dengan pembangunan tanah gambut sebagai tapak pelupusan iaitu masalah pembinaan jalan baru, gangguan sistem saliran yang menyebabkan keupayaan penyerapan tanah gambut menurun dan kos pembangunan serta penyelenggaraaan. Oleh itu beberapa pendekatan telah dicadangkan bagi mengurangkan masalah yang timbul antaranya ialah pembinaan jalan menggunakan kaedah 'geotextile' atau pembinaan jalan semasa musim kering, sistem pemungutan sisa yang tidak dapat dienapkan oleh tanah gambut dan penyediaan 'Barrier Trenches' bagi menghalang gangguan larian air. Kajian ini secara keseluruhannya telah memberikaan harapan pada masa depan untuk membangunkan tanah gambut sebagai tapak pelupusan sisa industri. Namun begitu, kaedah pelupusan,komponen sisa yang sesuai dilupuskan dan yang disesuaikan dengan ciri-ciri fizikal dan kimia tanah gambut, memerlukan lebih banyak kajian lanjutan dari pelbagai sudut bidang kemahiran bagi mengujudkan tapak pelupusan sisa industri di tanah gambut yang benar-benar selamat.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000068 HG4482.M32J693 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002367997 HG4482.M32J693 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page