Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penjanaan trip mengikut jenis rumah kediaman di Johor Bahru
Title:
Penjanaan trip mengikut jenis rumah kediaman di Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8031 ra
Abstract:
Pembangunan pesat yang berlaku di kawasan bandar telah menyebabkan wujudnya pelbagai masalah pengangkutan seperti kesesakan trafik, kelemahan pengangkutan awam, kekurangan tempat letak kenderaan, kemalangan jalan raya, pencemaran dan sebagainya. Adalah didapati pertumbuhan trafik sejajar dengan pembangunan infrastruktur, oleh itu perancangan infrastruktur seperti sistem sirkulasi dan pengurusan trafik yang baik perlu diperkenalkan untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila sesebuah bandar mengalami pembangunan perbandaran yang pesat, maka jarak antara aktiviti dengan aktiviti lain juga bertambah. Oleh itu didapati jarak antara tempat tinggal dengan tempat kerja serta aktiviti-aktiviti lain semakin jauh dan penduduk terpaksa berulang-alik dengan menggunakan berbagai mod pengangkutan. Kebanyakan daripada komuter membuat perjalanan dengan menggunakan pengangkutan persendirian dan menyebabkan kebanyakan daripada jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan perumahan dengan tempat kerja mengalami masalah kesesakan yang tinggi. Keadaan kesesakan biasanya dapat lihat ketika pekerja-pekerja pergi dan pulang dari pejabat, didapati kira-kira 300,000 buah kenderaan keluar masuk ke kawasan pusat bandar Johor Bahru setiap hari. Adalah dijangkakan bahawa keupayaan jalan-jalan utama tidak mampu menampung isi padu trafik yang semakin meningkat. Penjanaan trip dari kawasan perumahan adalah tinggi, yang mana hampir 80 hingga 90 peratus daripada semua perjalanan bermula dari rumah. Kebanyakan aspek janaan trip ini adalah berkait dengan pembolehubah-pemboleubah sosio-ekonomi dan penduduk seperti isi rumah, tingkat pendapatan, pemilikan kenderaan dan sebagainya. Kadar penjanaan trip isi rumah adalah penting dalam mempengaruhi jumlah trip yang terjana ke atas sistem jaringan jalan raya. Oleh itu, satu kajian terhadap kadar penjanaan trip mengikut jenis rumah kediaman iaitu rumah sesebuah, berkembar, teres 2 tingkat, teres 1 tingkat dan pangsa telah dijalankan. Selepas mengambilkira faktor-faktor yang paling mempengaruhi janaan trip sesebuah isi rumah iaitu saiz isi rumah, tingkat pendapatan dan pemilikan kenderaan, kadar penjanaan trip mengikut jenis rumah kediaman telah dihasikan. Rumah sesebuah menjanakan trip yang paling tinggi iaitu 13.73 trip sehari, diikuti oleh rumah berkembar 13.50 trip, teres 12.09 trip, teres 1 tingkat 10.26 trip dan rumah pangsa 9.12 trip. Penentuan kadar tersebut dapat digunakan sebagai asas pengiraan bilangan trip yang terjana bagi sesuatu kawasan perumahan di dalam perancangan serta kawalan guna tanah. Ini membolehkan pihak yang berkenaan terutama MBJB dan JKR menganggarkan jumlah kenderaan yang terjana diagihkan ke atas sistem jaringan jalan raya sedia ada untuk menentukan pengagihan kenderaan tersebut. Menurut hasil, unjuran, didapati pada tahun 2010 sebanyak 2,391,819 trip akan dijanakan oleh isi rumah dalam sehari, yang mana 1,870,402 trip dijanakan menggunakan kenderaan persendirian. Keadaan ini akan menyulitkan masalah kesesakan trafik menjelang tahun 2010 dan akan memberi implikasi yang amat mendalam terutamanya terhadap bandar Johor Bahru sperti penambahan isi padu trafik, agihan mod pengangkutan, kemalangan jalan raya, pencemaran alam persekitaran dan sebagainya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000073 HE371.A4T33 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002368151 HE371.A4T33 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page