Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perancangan kawasan rekrasi di Telok Chempedak
Title:
Perancangan kawasan rekrasi di Telok Chempedak
Personal Author:
Physical Description:
1j + 1 peta
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 3370 ra
Abstract:
Telok Chempedak merupakan salah satu pusat rekreasi pantai yang popular dikalangan pengunjung-pengunjung tempatan dan pantai timur serta pengunjung-pengunjung luar negeri. Kini Telok Chempedak sedang menghadapi masalah. Hasil kajian menunjukkan masalah yang utama ialah kekurangan ruang. Keadaan ini seterusnya melibatkan masalah lain seperti (1) ketidakselesaan pengunjung berekrasi (keselamatan yang tidak terjamin dan bunyi kenderaan yang bising serta kesesakan lalulintas disatu tempat; (2) Kekurangan kemudahan seperti bilik tukar pakaian, tempat meletak kereta dan bilangan restoran yang tidak mencukupi dengan jumlah pengunjung yang datang. Keadaan ini sekiranya dibiarkan akan menjejaskan populariti Telok Chempedak. Langkah yang diambil ialah dengan mengadakan perancangan semula serta pembangunan kawasan sekitarnya. Perancangan semula meliputi dua kawasan iaitu kawasan pantai sebelah timur yang merupakan kawasan tumpuan sekarang dan kawasan di barat kawasan kajian merupakan kawasan yang kurang dikunjungi oleh pengunjung. Cadangan mengubah dan memperbaiki mana-mana aktiviti yang mempunyai perkaitan antara potensi tapak dan potensi sosial, aktiviti yang diubah meliputi kawasan taman permainan kanak-kanak dan taman lalulintas serta aktiviti yang diperbaiki seperti taman bunga, kawasan perkelahan dan laluan dikawasan pantai sebelah timur. Pembangunan kawasan sekitar mencadangkan aktiviti-aktiviti baru seperti titik pandangan (view point), mini zoo, kawasan berpokok (open park), kajian alam semulajadi (nature study) dan kemudahan panggung terbuka (theatre). Pengunjung tidak lagi tertumpu kesatu tempat untuk berekrasi tetapi sebaliknya bertabur mendapatkan lain jenis aktiviti untuk berekrasi.
DSP_DISSERTATION:
Latihan ilmiah (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1978

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
35000000027659 HT281.N67 1978 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page