Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengurusan rancangan Felda : (kes kajian Felda Taib Andak, Johor)
Title:
Pengurusan rancangan Felda : (kes kajian Felda Taib Andak, Johor)
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1983
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4514 ra
Abstract:
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) semenjak ditubuhkan pada tahun 1956, mempunyai tugas yang dapat dibahagikan kepada bahagian penting iaitu pertamanya, kerja-kerja pembangunan fizikal dan keduanya, penempatan peneroka di rancangan yang telah dimajukan. Jadi bagi menjamin pembangunan rancangannya, maka setiap rancangan telah ditempatkan dengan unit pengurusan yang bertugas untuk mengurus dan mengendalikannya. Dalam kontek ini, Felda Taib Andak di ambil sebagai contoh bagaimana sistem pengurusan rancangan FELDA dilaksanakan. Felda Taib Andak diuruskan dibawah arahan Pegawai Wilayah Johor Timur sambil diawasi oleh Pengarah Operasi Lima yang terletak di Johor Bahru. Manakala unit pengurusan di Felda Taib Andak sendiri di ketuai oleh Pengurus Rancangan dan dibantu oleh kakitangan-kaitangan yang lain. Ada juga organisasi peserta yang turut sama melicinkan sistem pengurusan seperti organisasi Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang bertujuan untuk membantu pentadbiran di rancangan ini. Dalam kajian ini, penulis mendapati bahawa dengan adanya penyusunan sistem pengurusan yang melibatkan peneroka-peneroka, maka banyak kerja-kerja ladang dilakukan oleh pihak peneroka sendiri walaupun terdapat pengawasan dari pegawai rancangan. Bagaimana pun penulis mencadangakan supaya pegawai rancangan dan peneroka mestilah mempunyai persefahaman dan kerja sama bagi menjalankan pengurusan rancangan. Satu lagi aspek yang dibincangkan dalam dissertasi ini ialah mengenai sistem penjagaan ladang yang mengamalkan sistem kong dang sistem borong. Sistem Kong diamalkan pada peringkat di mana ladang belum mengeluarkan hasil. Sebaliknya sistem Borong pula diamalkan apabila ladang mula mengeluarkan hasil. Dalam sistem Borong peneroka-peneroka dianggap sebagai buruh upahan dan layak menerima dividen pada penghujung tahun apabila telah sampai ke titik pulang modal. Antara kelemahan sistem Borong pula adalah kerana peneroka-peneroka tidak didorong untuk menambahkan hasil pendapatan secara menyeluruh. Mutu buah yang dituai telah tidak dihiraukan kerana mereka memikirkan bahawa mereka masih layak menerima dividen yang dibahagikan antara peneroka-peneroka lain. Memandangkan pada kelemahan yang terdapat pada sistem Borong maka sistem Blok pula telah diperkenalkan iaitu selepas 13 tahun pembukaan ladang Felda Taib Andak dijalankan. Di bawah sistem ini, pembahagian dibuat kepada sistem blok ladang dan sistem blok perkampongan. Bagaimanapun pembahagian tersebut telah menimbulkan masalah di mana kurangnya interaksi antara peneroka di berlainan blok. Lantaran daripada keadaan inilah telah menimbulkan hubungan yang kurang erat diperingkat rancangan. Ini boleh menjejaskan objektif utama FELDA iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang baharu dan lebih progresif dari segi ekonomi dan sosial. Beberapa masalah pengurusan juga diterangkan anataranya adalah mengenai masaalah 'Land-Lordism' yang dipratikkan di Felda Taib Andak sehingga melibatkan ramai peneroka sendiri tidak mengerjakan ladang kerana hanya mengupahkannya kepada buruh-buruh. Masalah lain adalah disebabkan oleh keupayaan kilang yang terhad untuk memproses buah-buah kelapa sawit yang datangnya bukan sahaja dari Felda Taib Andak bahkan juga dari Felda Ulu Tebrau. Secara keseluruhannya, pengurusan di Felda Taib Andak ini telah mempamirkan penglibatan agensi FELDA bagi memodenkan sektor pertanian melalui penyaluran teknologi moden dari peringkat pentadbiran hingga ke peringkat ladang melalui penempatan keluarga luar bandar di rancangan ini sehingga peneroka-peneroka dapat menjadi petani dagang berbanding dengan taraf mereka sebagai petani saradiri pada masa sebelum menjadi peneroka.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005429 HD1394 M72 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002389405 HD1394 M72 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page