Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pembiayaan kewangan dalam pemajuan bangunan panca-tingkat
Title:
Pembiayaan kewangan dalam pemajuan bangunan panca-tingkat
Personal Author:
Publication Information:
1980
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 1812812
Abstract:
Pembiayaan kewangan untuk pemajuan bangunan panca-tingkat pada dasar nya boleh dijalankan dalam tiga cara yang utama - pemajuan yang dipajak terlebih dahulu dan dibiayai oleh yang akan menjadi penyewa-penyewa, pemajuan spekulasi yang dibiayai oleh pembeli-pembeli individu, pemajuan spekulasi yang dibiayai dengan equiti pemaju dan pinjaman-pinjaman yang mempunyai kadar bunga tetap. Jikalau pemaju bercadang untuk menjualkan bangunan yang akan siap didirikan, beliau hanya akan memerlukan pinjaman pembinaan jangkamasa pendek sahaja; manakala jikalau beliau ingin memiliki bangunan tersebut dan menyewakannya untuk tujuan pelaburan jangkamasa panjang, beliau akan memerlukan pembiayaan pembinaan serta pembiayaan akhir. Sebagai seorang pemaju, beliau mestilah menentukan bahawa kewangan boleh didapati dan adalah mencukupi sepanjang tempuh pemajuannya, oleh kerana kekurangan kewangan walaupun sementara, juag akan mengganggu perjalanan kerja-kerja binaan di tapak dan terus akan mengakibatkan kenaikan jumlah kos pemajuan. Pemaju juga seharuslah mendapatkan kewangannya pada suatu kadar bunga yang rendah supaya tingkat keuntungannya adalah memuaskan. Mendapatkan kewangan adalah merupakan satu fungsi spesialis seseorang Pemaju. TRugas utamanya ialah untuk menyakinkan institusi kewangan yang ditujuinya bahawa sekim projeknya adalah berdaya maju dan bahawa beliau mempunyai keupayaan yang cukup untuk menjalankan sekim projek tersebut sehingga kejayaannya. Dengan itu, beliau haruslah mengemukakan keterangan-keterangan yang berdasarkan analisa ekonomi tentang permintaan dan nilai pemajuan sekim projek tersebut demi untuk menyokong penaksiran kebolehuntungan yang telah disyorkan. Tidak dapat dinafikan bahawa kerja dalam menaksirkan kebolehuntungan sesuatu projek adalah komplek. Akan tetapi teknik-teknik moden boleh digunakan dalam analisa kewangan yang dapat menolong menaksirkan tingkat risiko dan kebolehuntungan bagi sesuatu cadangan projek itu. Lebih-lebihan, penggunaan teknik-teknik moden tersebut dapat mendalamkan lagi fahaman terhadap pembelanjawanan dan keperluan-keperluan ekonomi bagi sesuatu cadangan projek supaya pembiayaan kewangannya lebih senang diperolehi.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002967 HD1375 C33 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page