Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Strategi letakan dan pengurusan hartanah perdagangan dipusat bandar Ipoh : kes kajian Wisma Wan Muhammad, Bangunan Sri Kinta, Komplek Yik Foong
Title:
Strategi letakan dan pengurusan hartanah perdagangan dipusat bandar Ipoh : kes kajian Wisma Wan Muhammad, Bangunan Sri Kinta, Komplek Yik Foong
Personal Author:
Publication Information:
1985
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3130
Abstract:
Penulisan dissertasi ini, mempamirkan kes kajian akan komplek perdagangan Wisma Wan Muhammad, Komplek Yik Foong dan Bangunan Sri Kinta. Ketiga-tiganya terletak di pusat bandar Ipoh, dan mempunyai ciri-ciri dan identitinya yang tersendiri. Strategi letakan yang dikaji meliputi antaranya, aspek-aspek sejarah, perancangan, persekitaran, lalu-lintas dan kemudahan-kemudahan awam. Faktur-faktur dalaman yang membentuk kejayaan komplek-komplek ini dikaji. Aspeknya termasuklah : pengurusan, keadaan struktur, kemudahan yang tersendiri dan susunan ruang sewa. Kesan dari faktur-faktur ini memberi pengaruh sambil menentukan prestasi yang dicapai oleh setiap bangunan ini dalam menghadapi keadaan persaingan yang ujud. Analisa kajian adalah berdasarkan kepada pemerhatian, wawancara kepada pihak-pihak yang terlibat juga pandangan pihak-pihak luar, melalui sekop yang berbeza. Pemerosesan data-data dan maklumat yang di dapati baik dari sektor awam mahu pun dari sektor swasta di jalankan. Secara rengkasnya, penulis mendapati bahawa Komplek Yik Foong dianggap berjaya berdasarkan faktur-faktu letakannya yang strategik dan aspek-aspek pengurusannya. Manakala bagi Wisma Wan Muhammad, lebih merupakan komplek pejabat yang dioperasikan oleh sektor awam secara keseluruhannya. Walaubagaimana pun, keadaan mungkin berubah dalam jangka waktu yang akan datang sekiranya langkah-langkah wajar tidak diambil dan dipertingkatkan, Bagi Bangunan Sri Kinta, walau pun ianya merupakan jenis gabongan perniagaan dan pejabat, namun prestasi yang ditunjukkan adalah tidak menggalakkan dan perlu pada pembaharuan-pembaharuan yang sesuai, seperti dinyatakan di bab-bab berkenaan. Walau bagaimanapun, dengan pembukaan pawagam 'Star' nanti, dijangkan keadaan akan kembali pulih semula. Akhir sekali, penulis memberikan beberapa andaian dan cadangan mengenai strategi yang difikirkan sesuai dan menepati kehendak masa-kini. Keadaan-keadaan ini merupakan suatu sumbangan ke arah pembangunan bandar Ipoh, terutamanya di dlam sektor perdagangan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005903 HD1375 N66 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page