Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Proses kemajuan perumahan (di Wilayah Persekutuan)
Title:
Proses kemajuan perumahan (di Wilayah Persekutuan)
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 3772 ra
Abstract:
Dissertasi ini merupakan satu kajian terhadap proses kemajuan perumahan di Wilayah Persekutuan, meliputi semua aktiviti-aktiviti penting, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Akta-Akta, Pihak-Pihak dan Ahli-Ahli Professional yang terlibat. Adalah menjadi tujuan saya, dissertasi ini dapat menerangkan peranan seorang jurunilai didalam proses kemajuan perumahan memandangkan profesion ini maseh baru di Malaysia dan tidak ramai yang mengetahuinya. Di dissertasi saya terangkan seberapa ditel yang boleh di peringkat mana dalam proses kemajuan perumahan perkhidmatan jurunilai diperlukan. Perlu dinyatakan disini Jurunilai, Agen Estate, Agen Jualan, Pengurus projek, Pengurus hartanah atau hartabenda adalah dari profesion yang sama. Secara rengkasnya keseluruhan disertasi ini diterangkan seperti berikut:- Bab 1 merupakan pengenalan kepada kajian; menerangkan berkenaan tujuan kajian, kawasan kajian dan methodologi. Bab II lebih merupakan pembukaan kajian menerangkan secara ringkas berkenaan pemaju-pemaju dan projek-projek perumahan di Wilayah Persekutuan. Diakhir Bab II barulah proses kemajauan perumahan dimulakan dengan penubuhan sebuah syarikat, dan melantik seorang pengurus projek. Bab III setyerusnya menerangkan aktiviti yang berikutnya iaitu kajian kemungkinan dan Bab IV pembelian tapak dibincangkan. Bab V menerangkan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. ini meliputi permohonan mendapatkan kelulusan tukasyarat, pecah sempadan, hakmilik bersyarat serta lesen pemaju. Prosedur untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan diterangkan seberapa ditel yang boleh. Peringkat pembinaan yang terbahagi kepada binaan kejuruteraan dan bangunan diterangkan di Bab VI. Peringkat pemasaran yang meliputi aktiviti-aktiviti berikut iaitu kajian serta strategi pemasaran, merancang projek promotion, mendapatkan iklan dan penjualan diterangkan di Bab VII. Bab VIII merupakan kesimpulan pada kajian. Akhir sekali saya berharap persembahan, cadangan dan lapuran saya dapat menjadi panduan kepada semua individu yang terlibat dalam kemajuan perumahan, dapat menjadi satu bahan kajian akademik dan ia sentiasa terbuka pada kritik demi untuk kepentingan mutu, kualiti serta tingkat pencapaian yang lebih tinggi lagi.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1978

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002358319PR HD7363.6.W5 Z34 1978 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page