Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kesan tebusguna tanah laut terhadap sosio-ekonomi penduduk setempat : kajian kes : Tanjong Tokong, Pulau Pinang
Title:
Kesan tebusguna tanah laut terhadap sosio-ekonomi penduduk setempat : kajian kes : Tanjong Tokong, Pulau Pinang
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofile sahaja : MFL 8077 ra
Abstract:
Tebusguna laut untuk pembangunan di Negeri Pulau Pinang merupakan alternatifpenting dalam mengatasi masalah kekurangan ruang atau tanah. Walaupun begitu proses ini telah memberi kesan kepada sosio-ekonomi penduduk sekitar iaitu:a) Kesan positif misalnya, pengujudan peluang pekerjaan kepada belia yang menganggur. b) Kesan negatif misalnya, menghadkan penglibatkan penduduk di dalam sektor perikanan.Tebusguna tanah laut adalah satu aktiviti mengguna semula kawasan-kawasan terbiar di persisiran pantai kepada kegunaan-kegunaan yang berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini telah lama diamalkan di negara-negara Barat terutamanya negaraBelanda. Tebusguna tanah laut dijalankan di Malaysia hanya pada akhir tahun1960an awal 1970an.Dari kajian secara rasmi dan tidak rasmi yang telah dijalankan didapati bahawa nelayan-nelayan di kawasan kajian menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan ameniti-ameniti sosial, exploitasi dari orang tengah dari segi kelengkapan alat-alat perikanan dan pemasaran hasil-hasil dan juga hubungan yang tidak rapat dengan pegawai-pegawai pembangunan. Di dalam konteks kajian ini satu definasi yang lebih tepat tentang pembangunan dilakukan untuk lebih memahami masalah-masalah yang timbul. Untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul, potensi-potensi dan sumber-sumber pembangunan yang telah ada di kampung ini patut digunakan sepenuhnya dan seterusnya cadangan-cadangan akan dibuat untuk pembaikan kampung nelayan ini serta mempertingkatkan taraf hidup mereka. Walaupun terdapat kesan-kesan negatif yang lebih ketara tetapi sebenarnya terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan yang dihasilkan di kawasan tebusguna laut untuk meningkatkan keadaan sosio-ekonomi penduduk setempat. Oleh itu, perancangan untuk tebusguna tanah laut pada masa akan datang haruslah mengambilkira kesan-kesan negatifnya agar pembangunan yang akan dilaksanakan itu dapat memberi keuntungan kepada semua pihak. Garispanduan yang di bentuk pula diharapkan dapat meminimumkan kesan-kesan negatif dari tebusguna tanah laut dan memberi peluang kepada penduduk kawasan sekitar menggunakan peluang-peluang yang ujud di sana dengan sepenuhnya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000467 HD890.6 Z8 T26 1994 Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000253363 HD890.6.Z8 T26 1994 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page