Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sistem maklumat bekas pelajar (SMBP)
Title:
Sistem maklumat bekas pelajar (SMBP)
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8175 ra
Abstract:
Sistem Maklumat Bekas Pelajar telah dicadangkan kepada Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM) sebagai satu sistem yang akan dapat membantu pihak pengurusan melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap dan berkesan. Sistem Maklumat Bekas Pelajar ini merupakan satu sistem maklumat yang berupaya menyimpan dan mengolah data bekas pelajar mengikut keperluan. Hasil dari pengolahan data tersebut beberapa laporan dapat dijanakan. Laporan yang dikeluarkan akan digunakan oleh pihak pengurusan FSKSM untuk membuat perancangan, pengesanan dan pengawalan. Sistem maklumat ini terdiri dari 2 modul iaitu modul Kemasukan Data dan modul Laporan Eksekutif. Modul Kemasukan Data akan digunakan oleh pihak pengurusan operasi untuk kemasukan dan penyimpanan data.Maklumat terkini graduan dapat dikumpulkan dari hasil tindakbalas graduan terhadap borang soal-selidik yang diedarkan. Kesemua data ini akan disimpan di dalam pangkalan data Bekas Pelajar. Modul Laporan Eksekutif adalah satu aplikasi yang berkonsepkan sistem maklumat eksekutif. Modul ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan pertengahan dan atasan. Aplikasi ini akan memaparkanlaporan dalam bentuk paparan grafik. Antara yang dipaparkan adalah laporan perangkaan. Perisian-perisian terkini yang lebih menarik, mudah digunakan dan dapat menyokong konsep pengkomputeran pelayan-pelanggan (Client-Serve Computing) digunakan dalam mengimplementasikan sistem ini. Modul Kemasukan Data dibina menggunakan perisian VISUAL BASIC 3.0 dan modul Laporan Eksekutif dibina menggunakan perisian LIGHTSHIP.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002485435 LB2411.H34 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page