Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Ciri-ciri kekuatan ricih tak salir tanah yang dibaikpulih dengan kapur dan gipsum
Title:
Ciri-ciri kekuatan ricih tak salir tanah yang dibaikpulih dengan kapur dan gipsum
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8326 ra
Abstract:
Tanah merupakan bahan binaan yang tidak dapat dielakkan dimana ia digunakan sebagai asas semulajadi kepada semua pembinaan. Malangnya tidak semua jenis tanah boleh digunakan sebagai asas semulajadi dalam pembinaan kerana sebahagian daripada tanah terutamanya yang terdapat di Malaysia mempunyai kelemahan tersendiri seperti kekuatan ricih tanah untuk menanggung beban kenaan atau beat sendiri. Dalam projek ini, tanah pantai yang dikorek sedalam 6" dari permukaan tepi pantai di Kampung Api-Api, Pontian, Johor dijadikan bahan kajian. Tumpuan kajian dalam projek tahun akhir ini adalah kajian sejauh mana kebolehan dan kadar kenaikan ciri-ciri kekuatan ricih taksalir tak terkurungtanah liat pantai ini setelah digaul dengan kapur dan gipsum. Pada peringkat pertama, sifat-sifat asas tanah seperti taburan saiz zarah, ketumpatan bandingan, indeks keplastikan dan sebagainya perlu diketahui melalui ujian makmal keatas tanah kajian. Kemudian peratus kapur belainan akan dicampur kepada sampel-sampel tanah liat lembut untuk menentukan peratus kapur yang dapat emeningkatkan kekuatan ricih tak salir tanah pada tahap yang paling maksimum dan yang paling ekonomi. Dalam peringkat dua, nisbah gipsum yang berlainan dan nisbah kapur yang dipilih dari ujian peringkat satu akan dicampur kedalam sampel-sampel tanah yang lain untuk menentukan sejauh mana gipsum dapat memperngaruhi ciri-ciri kekuatan ricih tanah kajian yang digunakan. Akhirnya,peeratus penambahan atau pengurangan kekuatan ricih tak salir tanah selepas ia dicampur dengan kapur dan kapur-gipsum bolehlah diketahui serta juga dapat menentukan peratus-peratus kapur dan kapur-gipsum yang paling sesuai digunakan dalam penstabilan tanah liat pantai ini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002708422 TA710 S43 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page