Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian perbandingan ke atas rekabentuk tapak pelupusan serta kesesuaiannya dengan suasana tempatan (penutup tapak pelupusan)
Title:
Kajian perbandingan ke atas rekabentuk tapak pelupusan serta kesesuaiannya dengan suasana tempatan (penutup tapak pelupusan)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8344 ra
Abstract:
Dalam laporan projek tahun akhir ini, perbincangan adalah ditumpukan kepada jenis-jenis bahan dan rekabentuk yang digunakan dalam setiap lapisan untuk susunan penutup akhir. Diantara susunan lapisan penutup akhir yang akan dibincangkan ialah dari atas iaitu : pertama, lapisan atas yang biasanya penutup tanah yang ditutup dengan tumbuhan atau konkrit, kedua, lapisan saliran ufuk, ketiga, lapisan pengadang dan yang keempat, lapisan pengumpulan gas. Dua model matematik dibincangkan sebagai asas dalam menentukan ketebalan lapisan saliran ufuk dan lokasi pemasangan paip penyedut gas. Model ini sebagai kaedah yang paling murah yang boleh digunakan untuk pemasangan paip penyedut gas dan penentuan ketebalan lapisan saliran ufuk. Perbincangan bagi setiap lapisan meliputi bahan-bahan yang digunakan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan. Bagi pemilihan lapisan atas dan ketebalan penutup tanah adalah bergantung kepada kegunaan akhir tapak pelupusan, jenis sisa buangan dan kecuraman cerun sisa buangan. Bagi pemilihan lapisan saliran ufuk adalah bergantung kepada lokasi tapak pelupusan, rekabentuk tapak pelupusan dan bahan yang digunakan sebagai lapisan saliran. Pemilihan bahan pengadang bergantung kepada banyaknya bahan penadang yang ada, kos 'memasang' bahan pengadang yang rendah, ketelapan bahan pengadang yang rendah dan rintangan bahan pengadang terhadap keretakan yang tinggi. Lapisan pengumpulan gas dan sistem pengumpulan gas bagi tapak pelupusan dan perbincangan keatas kaedah yang digunakan untuk pemasangan telaga penyedut gas.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002862609 TD795.7.M93 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page