Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian prestasi sistem enapcemar teraktif skala penuh di dalam merawat air sisa kilang elektronik : kajian kes : Kilang Shienetsu (S.E.H.)
Title:
Kajian prestasi sistem enapcemar teraktif skala penuh di dalam merawat air sisa kilang elektronik : kajian kes : Kilang Shienetsu (S.E.H.)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 8336 ra
Abstract:
Enapcemar teraktif merupakan rawatan airsisa secara biologi dengan bantuan mikroorganisma untuk mempercepatkan lagi penguraian bahan sisa organik dengan kehadiran oksigen terlarut. Mikroorganisma tersebut memakan dan hidup di atas ppartikel bahan sisa organik. Sehubungan dengan pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma, enapcemar teraktif akan menghasilkan air yang bersih kerana banyak bahan sisa organik disingkirkan. Kesimbangan setara di antara zat makanan dan oksigen diperlukan oleh mikroorganisma agar dapat berfungsi dengan lebih cekap lagi. Kajian terperinci mengenai sistem enapcemar teraktif skala penuh telah dijalankan dengan menganalisis sampel influen dan effluen air sisa untuk parameter seperti COD, NH3, NO2, NO3 dan CH3COOH yang memenuhi penilaian terhadap kecekapan enapcemar traktif di dalam menyingkirkan bahan sisa organik. Parameter kawalann seperti pH dan MLVSS juga telah diukur. Data yang diperolehi daripada ujikaji di atas telah dianalisis dan keputusan yang diperolehi menunjukkan kecekapan sistem enapcemar teraktif di dalam menghuraikan dan merawat bahan sisa organik dari air sisa yang dikeluarkan oleh kilang elektronik S.E.H. Keputusan tersebut menunjukkan bahawa sistem enapcemar teraktif boleh menghurikan 71.9 peratus COD, 90.0 peratus NO3 dan 96.2 peratus CH3COOH. Sebagai kesimpulan, sistem enapcemar teraktif boleh merawat air sisa dari kilang elektronik dengan kecekapan yang tinggi. Sistem ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kilang S.E.H iaitu penyingkiran sebanyak 70 peratus dan parameter effluen air sisa memenuhi piawaian untuk effluen Akta Kualiti Alam Sekitar.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002718157 TD767.7.R33 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page