Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian pembangunan usahawan bumiputera melalui skim pembangunan pembekal : tinjauan dalam industri otomotif
Title:
Kajian pembangunan usahawan bumiputera melalui skim pembangunan pembekal : tinjauan dalam industri otomotif
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8279 ra
Abstract:
Pembangunan usahawan Bumiputera melalui Skim Pembangunan Pembekal adalah merupakan satu bentuk sistem rantaian melalui ikatan sub kontrak di antara Industri Besar dengan Industri Kecil dan Sederhana (K+IKS). Bagi kajian ini, ia melibatkan syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad dengan pihak pembekal Bumiputeranya dalam Industri Otomotif. Walaubagaimanapun sejauh manakah keberkesanan pembangunan ini melalui perlaksanaan program-program yang ada. Justeru itu, kajian dijalankan terhadap kedua-dua industri tadi bagi mengenalpasti bentuk program-program yang diamalkan dan masalah-masalah perlaksanaannya disamping membuat analisis pencapaian atau prestasi syarikat-syarikat responden (pembekal) ayng terlibat. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa program-program yang diamalkan sekarang dibawah skim ini ialah seperti penubuhan persatuan pembekal PROTON, program pemadanan dan program Skim GRANT. Masalah-masalah yang telah dikenalpasti pula semasa perlaksanaan skim ini ialah seperti kelewatan dan ketidaktepatan ujian mutu, Bumiputera yang tidak inovatif dan perkembangan pasaran yang terhad. Analisis prestasi pembekal responden menunjukkan wujudnya perkembangan yang sihat terutamanya dari segi pelaburan terhadap mesin dan teknologi tinggi, jualan tahunan serta pertambahan unit atau jabatan baru dalam syarikat. Secara keseluruhanya, kajian ini membuktikanSkim Pembangunan Pembekal merupakan satu sistem yang boleh membangunkan usahawan Bumiputera dengan berkesan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002711046 HB615 M52 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page