Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perlaksanaan perumahan kos rendah di Kota Bharu : kes kajian : Majlis Perbandaran Kota Bharu
Title:
Perlaksanaan perumahan kos rendah di Kota Bharu : kes kajian : Majlis Perbandaran Kota Bharu
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1989
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5154 ra
Abstract:
Masalah perumahan di negara ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh, kerana masalah ini telah berlarutan dari dahulu sehingga kini. Dalam menyelesaikan masalah perumahan kerajaan telah melaksanakan program-program perumahan terutamanya perumahan kos rendah. Keutamaan diberi kepada perlaksanaan perumahan kos rendah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, menikmati keselesaan tempat tinggal, pertumbuhan ekonomi dan sosial serta peningkatan taraf hidup yang lebih baik. Di negeri Kelantan umpamanya, Bahagian Perumahan Negeri telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan mentadbir segala perlaksanaan perumahan di seluruh negeri. Namun setakat ini keberkesanan perlaksanaan masih menjadi persoalan, sejauh manakah prestasi perlaksanaan perumahan di Kelantan. Perkara ini menarik minat penulis untuk mengkajinya. Objektif kajian adalah mengkaji perlaksanaan perumahan kos rendah MPKB, melihat penawaran dan permintaan serta perkembangan pembangunan perumahan kos rendah. Untuk mencapai objektif di atas penulis telah membuat kajian terhadap perumahan kos rendah di Kawasa Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan melihat siapa yang terlibat dengan perlaksanaan, bagaimana ia dilaksanakan, sebanyak mana telah dilaksanakan dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Setakat ini perlaksanaan perumahan kos rendah di MPKB adalah dilakukan oleh agensi kerajaan dengan kerjasama pihak swasta, tetapi penglibatan pihak swasta tidak begitu mengalakkan disebabkan bebrapa masalah yang terpaksa dihadapi seperti kekurangan tanah, kos pembangunan yang tinggi dan kelewatan kelulusan perancangan. Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Perumahan memainkan peranan terpenting dalam perlaksanaan perumahan kerana bahagian ini lah yang menetapkan segala dasar dan polisi tentang perlakasanaan perumahan di Kelantan. Contohnya semua rumah kos rendah yang dibina moleh kerajaan disewakan dengan perjanjian sewa beli dan pihak swasta hendaklah membina 40 peratus perumahan kos rendah di setiap projek yang dilaksanakan. Daripada kajian ini diharapkan kerajaan membuat penilaian terhadap agar perlaksanaan perumahan kos rendah di Kelantan dapat ditingkatkan agar memenuhi keperluan rakyat yang berpendapatan rendah di negeri Kelantan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda dan Penilaian)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004438 HD7287.5 M43 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page