Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Polisi insuran bangunan tinggi kompleks membeli-belah dan blok pejabat (Kajian : Komtar, Johor Bahru)
Title:
Polisi insuran bangunan tinggi kompleks membeli-belah dan blok pejabat (Kajian : Komtar, Johor Bahru)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1990
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja.:MFL 7197 ra
Abstract:
Dalam pengurusan harta benda khasnya bagi bangunan tinggi, insuran merupakan satu kos dan perbelanjaan tahunan. Pemilihan polisi insuran dan klaus tambahan yang akan diambil adalah penting untuk diberi beberapa pertimbangan. Insuran merupakan satu ikatan kontrak, maka seseorang pengurus harta harus tahu jenis-jenis polisi dan lindungan yang perlu diambil. Kajian ini adalah mengenai jenis-jenis polisi dan lindungan yang harus diambil bagi sesebuah kompleks membeli-belah dan blok pejabat serta klaus-klaus tambahan yang boleh dimasukkan bersekali dengan kontrak insuran induk. Kajian ini juga menekankan prosidur bagaimana seseorang pengurus harta harus mengendalikan insuran melalui broker insuran. Tugas utama pengurus harta adalah memaksimakan pendapatan dan meminimakan kos sesebuah bangunan yang diurusnya. Ini adalah untuk menjamin pulangan pelaburan sentiasa tinggi dan menguntungkan. Dengan itu adalah penting seseorang pengurus harta mengetahui apakah jenis-jenis polisi yang perlu diambil, kadar lindungan, klaus tambahan, istilah-istilah kontrak insuran, prosidur serta pemilihan broker. Dengan itu kajian ini cuba menyelesaikan persoalan peranan pengurus harta dari segi lindungan dan jenis polisi insuran yang perlu diambil serta klaus tambahan bangunan yang diurusnya. Ini adalah penting bagi mencapai matlamat pelaburan pemilik harta tanah.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003337 HG8059.K54 1990 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page