Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penyingkiran warna dan logam berat menggunakan karbon teraktif daripada tempurung kelapa sawit (TEKESA)
Title:
Penyingkiran warna dan logam berat menggunakan karbon teraktif daripada tempurung kelapa sawit (TEKESA)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8365 ra
Abstract:
Air sisa yang hendak dilepaskan ke persekitaran perlulah dirawat terlebih dahulu agar dapat mencegah sebarang kesan yang mungkin timbul kepada manusia dan hidupan lain. Antara kesan-kesan yang mungkin timbul ialah bau, perubahan warna dan bertindak sebagai agen pembawa penyakit. Ini terjadi di sebabkan air sisa berkemungkinan berpunca dari industri, domestik, tapak pelupusan dan sebagainya yang mana didalamnya mengandungai bakteria, bahan-bahan organimk, logam berat, sisa toksik dan sebaginya. oleh itu pengawalan kualiti air perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan air sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Tujuan kajian ini adalah untuk mencari alternatif dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dieprolehi bagi menggantikan karbon teraktif untuk menghilangkan warna dan logam berat (kadmium dna plumbum) dalam air larut lesap. Ini dibuat untuk mengurangkan kos perlaksanaan. Sisa pertanian iaitu tempurung kelapa sawit terubahsuai (TEKESA) dipilih dalam kajian ini yang bertindak sebagai karbon teraktif. Kajian ini dilakuklan dengan menggunakan ujian turus yang dilakukan di makmal. Keputusan kajian mendapati TEKESA terubahsuai boleh bertindak sebagaimana karon teraktif dalam menyingkirkan warna dan logam berat. Ini dapat dibuktikan setelah ujikaji 1 dan ujikaji 2 dijalankan. Dalam ujikaji 1, kadar penyingkiran logam plumbum bagi Turus (A) ialah 73%dan Turus (B) ialah 85%. bagi logam kadmium ialah 90% Turus (A) dan 80% Turus (B). manakala bagi warna pula ialah 80% Turus (A) dan 55% Turus (B). Dalam ujikaji 2, kadar penyingkiran logam plumbum ialah 77% Turus (A) dan 70% Turus (B). Bagi logam kadmium 45% Turus (A) dan 38% Turus (B). Manakala bagi warna 60% Turus (A) dan 75% Turus (B).
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003106055 TD758.5.H43 M73 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page