Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian pengekalan penggunaan dinding luar (fasad) bangunan lama bagi pembinaan bangunan baru dan implikasinya terhadap kos
Title:
Kajian pengekalan penggunaan dinding luar (fasad) bangunan lama bagi pembinaan bangunan baru dan implikasinya terhadap kos
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8430 ra
Abstract:
Bangunan lama yang menjadi sehbahagian dari Kuala Lumpur merupakan warisan yang masih lagidapat dilihat pada hari ini. Bangunan tersebut semakin hari semakin krang popular untuk digunakan disebabkan faktor-faktor keselamatan, kekurangan kemudahan seperti bangunan baru penyelenggaraan yang kurang dan sebagainya menyebabkan ia semakin jauh ketinggalan dari segi penggunaan untuk sewaan penyewa. Perkara ini nampak jelas kelihatan pada rumah-rumah kedai trasdisional yangkebanyakkannya dibina pada zaman sebelum perang lagi. Senibina yang jelas kelihatan pada fasalnya menjadikan ia salah satu punca pendangan perbandaran yang boleh dilihat seperti di Jalan Petaling, jalan Tuanku Abdul Rahman dan banyak lagi> pemeliharaan bangunan-bangunan lama yang bersejarah ini jika dilihat dari segi ekonomi tidak menguntungkan pihak pemilik. Ia lebih bercorak 'statik' yang bermaksud penggunaannya yang terhad dari segi struktur mauppun kegunaan ruang dalaman. Oleh yang demikian satu perubahan yang dinamik adalah diperlukan bagi memastikan kawasan yang mempunyai bangunan-bangunan tersebut dapat dibangunkan seiring dengan kemajuan bandar. Satu pendekatan konsep pembangunan semula yang baru dilaksanakan di Kuala Lumpur sekitar tahun 80 an ialah pengekalan fasad bangunan lama dengan merobohkan bahagian dalaman dimana ia dapat memngekalkan warisan seni bina yang dapat dilihat dari fasad bangunan tersbut.Konsep pengekalan fasad bangunan lama ini mellibatkan beberapa perkara teknikal rekabentuk dan beberapa masalah lain. Fasad yang disimpan tadi perlu disokong sebelum siapnya struktur dalaman. gangguan atau gegaran semasa pembinaan bukan hanya akan memberi kesan kepada fasad tetapi ia juga akan melibatkan kos kepada pihak pembina jika fasad tersebut retak atau runtuh. Masalah tempat kerja yang terkepung oleh fasad juga akan menyulitkan kerja pembinaan. Oleh yang demikian teknik dan kerja yang betul harus dititik beratkan dalam kerja pembinaan bangunan yang mengekalkan fasad. Faktor kos juga harus diambil kira kerana kerkja memperbaiki fasad ini memerlukan kerja-kerja pakar untuk menjalankan bagi menjamin mutu pembinaan dan kecantikan fasad yang dikekalkan. ia lebih banyak dipengaruhi oleh faktor kesukaran kerja memperbaiki fasad itu sendiri. Hasil dari kajian yang dibuat didapati konsep pengekalan fasad ini melibatkan kos yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh pemilik bangunan. Perkara tersebut adalah terlibat adari segi ekonomi dan jika dibandingkan dengan warisan seni, perkara tersebut adalah satu benda yang subjektif untuk dinilaikan dimana ia bergantung kepada penafsiran pihak-pihak yang terlibat dengan konsep pengekalan fasad ini atau lebih dikenali sebagai 'facadism'.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Bangunan) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000008022 TH2235 M74 1995 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
FAB30000001739 TH2235.M74 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000003107434 TH2235.M74 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page