Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian kemungkinan projek pelupusan sisa pepejal : pihak berkuasa tempatan Pasir Gudang
Title:
Kajian kemungkinan projek pelupusan sisa pepejal : pihak berkuasa tempatan Pasir Gudang
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8425 ra
Abstract:
Pasir Gudang merupakan sebuah kawasan perindustrian yang moden dan pesat membangun dengan kedudukkannya yang strategik. Salah satu perkhidmatan yang menjamin pembangunan perindustrian untuk jangka panjang ialah pengurusan sistempelupusan sisa pejal yang berkesan. Sistem yang digunakan di Pasir Gudang ialah ssistem kambus tanah. Terdapat sebanyak 230 buah PIhak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia mengunakan sistem kambus tanah dalam melupuskan sisa pejal yang dihasilkan dalam kawasannya. Telah banyak kajian yang dijalankan keatas sistem ini menunjukkan pengunaan kaedah ini banyak masalah, terutamanya bagi tapak-tapak yagn tidak direkabentuk dengan baik. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menyarankan supaya sistem yang sediaada dikaji semula. Salah satu resolusi bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan sistem penunuan. Maka kajian dalam lapuran ini adalah untuk mengkaji kedua-dua sistem kambus tanah dan sistem penunuan dari sudut ekonomi dengan menjadikan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) sebagai kawasan kajian. Kajian ini mendapati tapak pelupusan sisa pejal yang ada sekarang hanya boleh emenampung untuk selama lebih kurang dua tahun saja lagi. PBTPG perlu memikirkan untuk tapak yang baru dan jenis sistem yang hendak digunakan. Kajian ini juga menunjukkan jumlah sisa pejal yang boleh dibakar dari jumlah sisa pejal yang dihasilkan ialah sebanyak lebih kurang 33 peratus. Jumlah sisa pejal yang dihasilkan oleh sektor industri ialah 83.84% manakala perumahan sebanyak 14.59% dan perdagangan sebanyak 1.57%. Sistem kambus tanah masih menunjukkan kaedah yang mudah dilaksanakan dan paling murah. Kos yang diperlukan bagi menyediakan sistem kambus tanah di tapak yang dicadangkan oleh PBTPG di Kampung Tangjung Langsat ialah RM4,441,500.00. Sekiranya jumlah bayaran yang dikenekan oleh PBTPG tetap sama, kos tersebut dapat dipulangkan balik selepas 10 tahun. tapak yang dicadangkan itu adalah dianggarkan boleh menampung sisa pejal yang dihasilkan oleh kawasan PBTPG untuk selama 15 tahun. Sistem penunuan memerlukan kos yang tinggi iaitu sebanyak RM9,887,040.00 dengan menggunakan sistem penunuan berkapasiti 250 tan sisa pejal dibakar sehari. Sistem ini akan menghasilkan tnaga letrik yang akan memberikan pulangan yang tinggi dan menyumbangkan sebanyak 85 % dari jumlah wang pungutan yang diterima.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003107624 TD789.M3 M39 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page