Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengurusan taman rekreasi : kajian kes : taman iklim sederhana empat musim, Taman Pertanian Malaysia
Title:
Pengurusan taman rekreasi : kajian kes : taman iklim sederhana empat musim, Taman Pertanian Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8425 ra
Abstract:
Pengurusan harta tanah merupakan satu bidang yang amat luas. Pengurusan tidak hanya tertakluk kepada pengurusan harta tanah bangunan atau portfolio harta tanah. Pengurusan harta tanah rekreasi juga merupakan satu bidang pengurusan yang mencabar. Harta tanah rekreasi merupakan satu bentuk pelaburan harta tanah yang boleh mendatangkan keuntungan. Oleh itu satu struktur organisasi pengurusan yang baik dan berkesan diperlukan bagi menjamin pulngan yang maksimum. bentuk stuktur organisasi pengurusan taman rekreasi bergantung kepada aktiviti dan objektif taman rekreasi itu sendiri disamping komitmen indicidu yang telibat di dalam organisasi pengurusannya. Namun begitu jarang sekali kita didedahkan tentang pengurusan harta tanah rekreasi.Maka timbullah persoalan di dalam diri kita samada organisasi pengurusan harta tanah rekreasi berbeza ataupun sama dengan organisasi pengurusan harta tanah yang lain. Justeru itu satu kajian tentang perkara ini perlulah dijalankan bagi menjawab persoalan tersebut. Taman Iklim Sederhana Empat Musim yang terdapat di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam, selangor merupakan satu kajian kes yang menarik untuk diberi perhatian. Ini adalah kerana keunikannya sebagai taman iklim sederhana yang julung kalinya dibina bukan sahaja di Malaysia malahan juga didunia. Kerana keunikan inilah penulis telahmemilih taman tersebut sebagai kajian kes untukmelihat struktur organisasi pengurusan taman rekreasi. dan diharap dengan kajian ini maka persoalan tadi akan dapat dijelaskan. Disamping mengkaji struktur organisasi taman ini dan membuat perbandingan berdasarkan teori organisasi pengurusan, penulis juga akan melihat masalah-masalah yang timbul yang terpaksa dihadapi oleh pihak pengurusan taman ini. Masalah yang akan dikaji oleh penulis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu masalah teknikal dan pentadbiran. dan sepertimana lazimnya, cadangan akan cuba diberikan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Akhir sekali kesimpulan ke ataskajian ini dibuat bagi mengakhiri penulisan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003107657 GV182.3 A44 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page