Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Satu kajian tentang bilangan penontonan pawagam, ciri-ciri kecenderungan dan tahap kepuasan penonton wayang : kes kajian : Johor Bahru
Title:
Satu kajian tentang bilangan penontonan pawagam, ciri-ciri kecenderungan dan tahap kepuasan penonton wayang : kes kajian : Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8424 ra
Abstract:
Pada dekad yang lalu, prestasi bilangan penontonan bagi banyak pawagam di Malaysia telah menikmati pertumbuhan yang menggalakkan selepas kemerosotan yang berlaku pada tahun 1970an. Dewasa ini, industri pawagam di Malaysia telah kembali semula dengan memperbaiki dan menekankan aspek penyediaan kemudahan yang lebih baik dan sofistikated di samping menayangkan filem-filem berkualiti. Dalam pada itu, terdapat segelintir daripada pawagam lama telah menjalankan beberapa program pengubahsuaian dan pembaharuan demi memenuhi permintaan penonton-penonton wayang. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa pembangunan pawagam jenis "cineplex" dan "multiplex" telah dimajukan di Malaysia. Ini secara tidak langsung telah menunjukkan kesedaran pengusaha pawagam tentang keperluan untuk memenuhi prubahan corak permintaan dan kecenderungan penonton-penonton wayang. Menyedari hakikat ini, para pelabur bagi pawagam-pawagam sediaada dan sedang dibina diJohor Bahru perlu mengambilkira ciri-ciri kecenderungan penonton wayang supaya dapat memaksimakan pulangannya. Lantaran itu, projek khas ini bertujuan mengenalpasti isu ini bagi pawagam Johor Bahru dengan menilai tahap kecenderungan penonton wayang di Daerah Johor Bahru. Dalam pada itu, satu kajian tentang reka bentuk dan pengoperasian pawagam moden telah dijalankan supaya ia dapat dijadikan sebagai suatu garis panduan. Analisis Pengskelan Multi Dimensi (PMD) telah digunakan untuk mengenalpasti perkara-perkara yang amat penting dan faktor-faktor yang dianggap kurang mustahak kepada pihak penonton. Sementara itu, teknik analisis Penjadualan Semula juga digunakan untuk menentukan perbezaan reaksi diantara kumpulan-kumpulan responden yang berbeza. Hasil Kajian ini telah menunjukkan bahawa pawagam-pawagam sediada di Johor Bahru adalah sangakan program pengubahsuaian untuk memperbaiki kewujudan fizikal dan fasilitinya dalam usaha meningkatkan prestasi bilangan penontonan dan memenuhi keperluan penonton wayangnya. Seterusnya kajian ini juga mencadangkan para pengusaha pawagam memerlukan suatu rutin pengurusan harta tanah yang terancang demi memastikan kelicinan pengoperasian kemudahan-kemudahan dan perkhidmatannya supaya dapat memenuhi keperluan penonton-penonton wayang pada setiap waktu masa hadapan. Dengan itu, para pengusaha seharusnya mempertimbangkan ciri-ciri yang dicenderung oleh penonton-penonton wayang pada setiap waktu masa hadapan. Dengan itu, para pengusaha seharusnya mempertimbangkan ciri-ciri yang dicenderung oleh penonton-penonton wayang seperti lokasi, assesibiliti, fasiliti dan perkhidmatan dalam usaha perancangan pawagam baru.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003107772 PN1993.M3 T36 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page