Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Strategi pengiklanan oleh restoran makanan segera : satu kajian kes di McDonald's (Holiday Plaza, Johor Bahru)
Title:
Strategi pengiklanan oleh restoran makanan segera : satu kajian kes di McDonald's (Holiday Plaza, Johor Bahru)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8526 ra
Abstract:
Industri restoran makanan segera telah berkembang dengan pesat dengan penubuhan berbagai-bagai jenis restoran makanan segera sejak penubuhan restoran makanan segera yang pertama pada tahun 1963 yang lalu. Memandangkan pertumbuhan restoran makanan segera yang semakin pesat dengan kewujudan suasana persaingan yang semakin hebat, strategi pengiklanan telah dirangka dan digunakan untuk mempengaruhi dan membina sikap dan tanggapan yang positif di kalangan pengguna umum agar sentiasa memilih satu-satu restoran makanan segara. Pengumpulan data melalui pengedaran borang soal selidik telah dijalankan di restoran makanan segera McDonald's, Holiday Plaza, Johor Bahru. Bahagian pertama projek ini bertujuan mengkaji elemen-elemen dalam strategi pengiklanan McDonald's. Bahagian kedua projek ini pula bertujuan menganalisis kesan dan pengaruh strategi pengiklanan ini terhadap pelanggannya dari segi sikap dan tanggapan mereka. Hasil analisis dengan menggunakan Skala Likert dan kaedah statistik Ujian Chi Kuasa Dua menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara strategi pengiklanan dengan sikap dan tanggapan pelanggan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelanggan yang bersikap dan bertanggapan positif terhadap iklan-iklan McDonald's akan bersikap dan bertanggapan positif terhadap restoran makanan segera McDonald's. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa strategi pengiklanan McDonald's adalah berkesan kerana kebanyakan pelanggan bersikap dan bertanggapan positif terhadap iklan-iklan dan juga restoran makanan segera McDonald's. Berdasarkan hasil-hasil kajian ini, beberapa cadangan kepada strategi pengiklanan McDonald's telah dikemukakan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Pengurusan Teknologi) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002697989 HF6161.H75 Y36 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page