Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian perbandingan mengenai sebab kemasukan dan persepsi pelajar 3STP(KH) dan 5STP(KH) terhadap program sarjana muda teknologi serta pendidikan (Kemahiran hidup) di Universiti Teknologi Malaysia
Title:
Kajian perbandingan mengenai sebab kemasukan dan persepsi pelajar 3STP(KH) dan 5STP(KH) terhadap program sarjana muda teknologi serta pendidikan (Kemahiran hidup) di Universiti Teknologi Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Pminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8552 ra
Abstract:
Kajian ini membandingkan dua kumpulan pelajar 3STP(KH) dan 5STP(KH) yang sedang mengikuti Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) sessi 1994/95 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan sebab mereka mengikuti program ini serta persepsi mereka mengenai keberkesanan kuliah, tugasan, penilaian dan bimbingan serta keyakinan diri setelah mengikuti program ini. Analisis perbandingan dilakukan dalam dua bentuk: perbandingan persetujuan dan kewujudan perbezaan signifikan untuk setiap varians yang dikaji. Pengumpulan data dibuat menggunakan satu soal-selidik yang direka khas meliputi tiga kelompok varians kajian. Varians untuk setiap sebab kemasukan adalah berdasarkan kepada satu item sementara pembentukan varians-varians lain adalah berdasarkan kepada bebera-pa item. Setiap item dilengkapi dengan lima pilihan persetujuan yang dinyatakan dalam bentuk skala Likert. Statistik asas peraturan skor item atau jumlah skor item (mengikut kesesuaian varians) digunakan untuk membandingkan persetujuan responden mengikut kumpulan sementara analisis T-Test digunakan untuk mengkaji kewujudan perbezaan min setiap varians bagi dua kumpulan pelajar ini. Analisis peratusan persetujuan menunjukkan, kedua-dua kumpulan pelajar (i) mengikuti program atas sebab minat, unutk mendapatkan ijazah, untuk mengembangkan pengetahuan dan untuk memperbaiki status ekonomi dan sosial, (ii) mengalami peningkatan keyakinan diri setelah mengikuti program ini, (iii) mendapati bahawa kuliah, tugasan dan penilaian yang diikuti telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Analisa peratusan persetujuan juga menunjukkan hanya kumpulan 3STP(KH) mendapati bahawa bimbingan yang mereka terima semasa berkursus telah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Bagaimanapun ujian T-TEST mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan pelajar untuk setiap varians yang dikaji.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003247701 LB1028.3 N67 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page