Cover image for Merekabentuk bank wilayah berkomputer bagi The Standard Chartered dalam kontek bandar pusat bandar Petaling Jaya
Title:
Merekabentuk bank wilayah berkomputer bagi The Standard Chartered dalam kontek bandar pusat bandar Petaling Jaya
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3258 ra
Abstract:
Kemajuan teknologi memperkenalkan sistem komputer di dalam bangunan bank dan telah mempengaruhi rekabentuknya terutama ke atas rekabentuk dalaman. Kini komputer membolehkan hubungan dibuat di antara kakitangan dan kakitangan serta pejabat dan pejabat dari jarak yang jauh. Oleh itu lokasi bangunan bank wilayah tidak semestinya di Ibukota, malahan adalah lebih baik ia diletakkan di luar Ibukota berdekatan dengan kawasan perumahan. Bank wilayah yang berkomputer ini memberi kemudahan kepada kakitangan-kakitangannya dan orangramai dengan mengelakkan masalah membuat perjalanan yang jauh ke Ibukota dan kesesakan lalu-lintas. Tambahannya, sekeliling bank adalah lebih indah dan menarik berbanding dengan kawasan Ibukota. Tren (Trend) untuk mengadakan bank wilayah berkomputer di luar Ibukota perlu digunakan dalam merekabentuk sebuah bank baru untuk memberi persaingan perdagangan dengan bank-bank lain. Dengan ini, komputerasi sesebuah bank telah memberi kesan ke atas rekabentuk bangunannya. Oleh itu, thesis ini yang bertajuk "Merekabentuk Bank Wilayah bagi The Standard Chartered dalan kontek bandar Pusat Bandar Petaling Jaya" bertujuan untuk mengkaji tren sekarang yang tersebut di atas dan kesannya terhadap rekabentuk bank. Laporan ini mengandungi tiga bahagian utama. Bahagian pertama melibatkan pembentukan masalah senireka, pengumpulan data dan penyata-penyata masalah. Bahagian kedua membincangkan pendekatan rekabentuk dan rangka rekabentuk. Bahagian tiga mengandungi cadangan rekabentuk terakhir dan kajian teknikal. Dari kajian ini, didapati bahawa pengenalan sistem komputer ke dalam bangunan bank wilayah ini telah memberi kesan kepada rekabentuk bangunan bank, terutamanya bagi komponen-komponen dalaman tetapi ia belum memberi kesan besar ke atas senibina luar bangunan bank.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000005404 NA6243.P45 S7 1985 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
-119523 NA6243.P45 S7 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000160105 NA6243.P45 S7 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order