Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kampung Parit Tengah, Mukim Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Johor sebagai Kampung Contoh
Title:
Kampung Parit Tengah, Mukim Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Johor sebagai Kampung Contoh
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8539 ra
Abstract:
Kemajuan sesebuah kampung akan dapat dicapai jika ia mempunyai sebuah masyarakat yang produktif, kreatif dan berteknologi dalam menguruskan sumber-sumber tempatan. Kampung-kampung yang mundur juga boleh cepat membangun jika penduduk-penduduknya sanggup merubah sistem lama kepada sistem moden, berdikari dan berpadu dalam satu kumpulan. Pertandingan keindahan, kebersihan dan kemjuan kampung merupakan program kerajaan untuk membentuk sebuah kampung yang boleh dijadikan contoh pembangunan kepada kampung-kampung lain. Ia bertujuan untuk memodenkan kampung-kampung dengan menggalakkan penyertaan aktif masyarakat kampung dalam kegiatan sosio-ekonomi, meningkatkan amalan kerjasama dan menjaga kebersihan. Dalam tinjauan dikawasan kajian iaitu Kampung Parit Tengah, Mukim Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat Johor, didapati masih terdapat kelemahan dan agak ketinggalan. Pendapatan sektor pertanian pekebun kecil didapati masih lemah (30% penduduk memperolehi kurang RM 300). Industri desa hanya diusahakan sebagai pekerjaan sampingan terutama di kalangan surirumah (28.8% penduduk yang terlibat seperti perusahaan makanan dan kraftangan memperolehi pendapatan RM 225 sebulan). Sementara itu petempatan penduduk yang berselerak mengikut hakmilik tanah masing-masing yang terpisah-pisah menyebabkan penyaluran infrastruktur menelan kos yang besar. Sungguh pun begitu dalam kemajuan beberapa aspek yang lain ia boleh dijadikan contoh yang baik. Kemunculan 8 orang usahawan kampung dalam masa lima tahun kebelakangan ini telah dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan pendapatan yang baik terutama dalam sektor perniagaan dan pengangkutan (4% penduduk terlibat memperolehi pendapatan sehingga RM 2,000 sebulan). Sambutan penduduk dalam aktiviti kemasyarakat seperti kerja gotong royong mencuci saliran, telah menyumbangkan wang tabungan JKKK yang dapat digunakan untuk membaiki kemudahan awam dan pembiayaan aktiviti kerohanian penduduk. Melalui kerja bergotong royong juga keindahan dan kebersihan kampung dapat dikekalkan. Sementara itu keupayaan pentadbiran mengatur projek seperti kerja-kerja amal, mengusahakan tanah wakaf dan perniagaan telah dapat mengeratkan perhubungan penduduk dan menambah tabungan JKKK yang dapat digunakan untuk membaiki kemudahan awam. Di samping itu di atas inisiatifnya menganjurkan kursus kemahiran pertanian telah dapat melahirkan petani moden.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003081 HN49.C6 R39 1996 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002865826 HN49.C6 R39 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page