Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Asas dan teknik penilaian loji dan jentera
Title:
Asas dan teknik penilaian loji dan jentera
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8807 ra
Abstract:
Industrialisasi di Malaysia merupakan satu fenomena yang berkembang pesat sesuai dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan menjelang tahun 2020. Sesungguhnya profesion Penilai mampu memberi sumbangan yang amat berkesan di dalam perkembangan ini dengan pelbagai bentuk nasihat dan perkhidmatan mengenai harta tanah, terutamanya peranan untuk menilaikan loji dan jentera. Penilaian loji dan jentera merupakan satu amalan yang masih dianggap baru oleh kebanyakan pihak termasuk di kalangan penilai sendiri. Namun begitu ia bukan bermakna Penilai hanya berdiam diri membiarkan perkembangan harta tanah industri tidak selari dengan pertambahan yang terhad bagi Penilai Loji dan Jentera. Pelbagai usaha telah dibuat termasuk oleh Institut Penilaian Negara untuk menyediakan latihan yang perlu. Asas dan teknik penilaian loji dan jentera merupakan antara komponen-komponen yang utama dalam proses penilaian. Kedua-duanya amat berkait rapat diantara satu sama lain. Secara teoritikal ia mungkin sama dengan asas dan teknik penilaian harta tanah. Namun begitu dari segi aplikasi, ia berbeza sedikit dimana maksud sesuatu nialaian yang diminta amat mempengaruhi asas dan teknik penilaian yang bakal digunakan. Penilai juga harus menentukan sama ada nilai yang hendak dicapai itu merupakan Nilai Pasaran In-situ atau Ex-situ. Sehingga kini masih tiada panduan asas mengenainya sebagaimana yang terdapat di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui nota-nota panduan yang diterbitkan oleh para pertubuhan Penilai di sana. Kajian ini amat penting kerana ia akan mengutarakan komponen-komponen utama bagi konsep penilaian loji dan jentera termasuklah faktor-faktor utama yang mempengaruhi nilai loji dan jentera termasuklah faktor-faktor utama yang mempengaruhi nilai loji dan jentera, asas-asas nilaian yang digunakan dan teknik penilaian yang sewajarnya untuk menghasilkan nilaian yang tepat dan benar-benar mencerminkan nilaian pasaran terbuka. Pendekatan yang digunakan adalah melalui soalselidik yang diedarkan kepada Penilai yang pernah terlibat di dalam penilaian loji dan jentera dimana ia berdasarkan pengukuran Likert Scaling, dan kemudiannya akan dianalisa dengan menggunakan teknik Frekuensi, Multidimensional Scaling dan Multi Discriminant Analysis. Teknik-teknik pengukuran ini berupaya untuk menterjemahkan hasil kajian dan seterusnya akan dapat mencapai objektif kajian.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003693979 HD1387 H57 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page