Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran matematik sekolah menengah di daerah Tambunan, negeri Sabah
Title:
Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran matematik sekolah menengah di daerah Tambunan, negeri Sabah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8615 ra
Abstract:
Matematik merupakan satu matapelajaran yang amat penting terutama di masa negara kita, Malaysia sedang menuju ke era perindustrian. Matematik melahirkan individu yang berfikiran secara sistematik, logis dan teratur. Di sekolah didapati bahawa seorang pelajar itu mempunyai sikap, tanggapan dan perasaan yang berbeza terhadap matematik. Untuk mengetahui sejauh mana penerimaan dan penghayatan pelajar terhadap matematik, satu tinjauan dibuat untuk melihat tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran matematik, kaedah pengajaran guru, pengendalian pengajaran, minat pelajar, ibu bapa dan persekitaran. Selain daripada itu akan diperolehi maklum balas tentang masa belajar, cara belajar, pencapaian akademik keluarga dan pendapatan ibu bapa. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah di daerah Tambunan yang melibatkan 60 orang pelajar di tingkatan empat. Instrumen kajian adalah berupa soal selidik yang mengandungi beberapa item yang berkaitan dengan faktor-faktor pencapaian mata pelajaran matematik oleh pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah berkenaan. Daripada kajian ini didapati pelajar menganggap matematik adalah satu mata pelajaran yang penting dan berguna. Tidak terdapat perbezaan yang ketara tentang tanggapan pelajar dari kedua-dua buah sekolah terhadap matematik. Minat dan sikap pelajar juga dipengaruhi oleh sikap guru, kaedah pengajaran guru serta alam sekitar mereka. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapatlah para pendidik dan penggubal kurikulum matematik menjadikannya sebagai panduan untuk membaiki lagi pendidikan matematik di negara ini di masa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003406232 LB1062.6 K66 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page