Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sistem pendaftaran matapelajaran Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Title:
Sistem pendaftaran matapelajaran Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
Abstract:
Pendaftaran matapelajaran merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran fakulti. Proses pendaftaran matapelajaran ini selalunya dibuat pada akhir sesuatu semester (pra-pendaftaran) atau pada awal sesuatu semester (pendaftaran sebenar). Melalui proses pendaftaran matapelajaran ini membolehkan pelajar-pelajar mengambil sesuatu matapelajaran secara sah. Kerumitan sering berlaku semasa perlaksanaan proses pendaftaran terutama kepada pelajar-pelajar, pensyarah dan pihak pentadbiran fakulti. Pihak pentadbiran fakulti adalah bertanggungjawab dalam menentukan matapelajaran yang akan ditawarkan pada suatu semester dan juga menentukan maklumat-maklumat berkaitan dengan matapelajaran yang ditawarkan itu. Antara maklumat tersebut ialah bilangan seksyen yang dibuka bagi matapelajaran tersebut, bilangan maksima pelajar bagi setiap seksyen, pensyarah bagi setiap matapelajaran dan lain-lain. Selain itu, pihak pentadbiran juga bertanggungjawab dalam menentukan jadual dan bilik kuliah untuk setiap seksyen bagi setiap matapelajaran. Sebelum ini telah terdapat beberapa perisian yang berkaitan dengan proses pendaftaran matapelajaran, tetapi perisian tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana tidak lagi bertepatan dengan perkembangan fakulti yang sering berubah dari semasa ke semasa. Sebelum ini, proses pendaftaran matapelajaran dibuat secara manual. Sistem Pendaftaran Matapelajaran ini dibangunkan untuk tujuan mengatasi kesulitan dalam proses pendaftaran matapelajaran.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003350539 LB2351 M63 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page