Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengaruh video terhadap pencapaian dan sikap guru pelatih di dalam pegajaran mikro di Universiti Teknologi Malaysia
Title:
Pengaruh video terhadap pencapaian dan sikap guru pelatih di dalam pegajaran mikro di Universiti Teknologi Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Physical Description:
vii, 236 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Dr. Kamal Basha Madarsha

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8251 ra
Abstract:
Kajian ini berasaskan kepada keperluan semasa pendidik-pendidik guru di Malaysia untuk memperbaiki rancangan pendidikan guru. Kajian ini bertujuan mengkaji kesesuaian memperkenalkan maklumbalas pita video dalam pengajaran mikro kepada guru pelatih di dalam rancangan pendidikan guru pelatih peringkat sekolah menengah di Universiti Teknologi Malaysia. Dua kriteria telah ditetapkan untuk mengkaji kesesuaian memperkenalkan maklumbalas pita video ini. Kriteria itu ialah pencapaian guru pelatih terhadap kemahiran membuat pengukuhan dan kemahiran mengemukakan soalan dan sikap guru pelatih terhadap perbincangan berpadukan video.Satu bengkel pengajaran mikro dengan menggunakan pita video direka dengan kerjasama 8 orang pensyarah dari jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknik, UTM. Bengkel tersebut menguji prestasi pencapaian guru pelatih melalui dua kemahiran iaitu kemahiran membuat pengukuhan dan kemahiran mengemukakan soalan. Selepas mengikuti bengkel, guru pelatih memenuhkan borang soal selidik untuk menguji sikap mereka terhadap pengaruh video semasa pengajaran pengajaran mikro. Enam puluh orang guru pelatih kaedah pengajaran yang telah mengikuti kursus di Universiti Teknologi Malaysia telah digunakan untuk berlatih setiap kemahiran itu. ianya dirancang untuk satu kelas di mana pelajarnya terdiri dari rakan guru pelatih itu sendiri. Setiap guru pelatih harus mengikuti satu giliran biasa dalam pengajaran mikro seperti yang biasa diamalkan dalam pengajaran mikro iaitu merancang pelajaran, mengajar, sesi perbincangan bersama pensyarah, merancang semula dan mengajar semula. Kaedah ini dilakukan untuk kedua-dua kemahiran secara serentak iaitu kemahiran membuat pengukuhan dan mengemukakan soalan. Prestasi pencapaian guru pelatih dari sessi mengajar akan dirakamkan melalui pita video. Putaran balik rakaman pita video dijadikan sebagai maklumbalas prestasi kepada guru pelatih di sepanjang sesi kritik. Lapan orang pensyarah dari tiap-tiap kaedah menyertai program ini. Mereka terlibat sebagai pengkritik dan pembimbing dalam sesi perbincangan bagi kaedah pengajaran masing-masing. Seorang pensyarah telah dilantik sebagai orang yang mengamati dan memberi markah kepada setiap guru pelatih di dalam sesi mengajar dan mengajar semula. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa video telah mempengaruhi pencapaian guru pelatih di dalam membuat kemahiran pengukuhan dan mengemukakan soalan pada paras signifikan p = 0.01. Sungguhpun begitu terdapat beberapa item kemahiran yang tidak dipengaruhi oleh video. Akhirnya guru pelatih telah menunjukkan sikap positif terhadap penggunaan video semasa pengajaran mikro di Universiti Teknologi Malaysia.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002654816 LB1731.5 H26 1991 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page