Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penstabilan tanah dengan menggunakan abu terbang sawit (POFA)
Title:
Penstabilan tanah dengan menggunakan abu terbang sawit (POFA)
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7453 ra
Abstract:
Simen dan kapur telah lama dan biasa digunakan dalam penstabilan tanah. Walau bagaimanapun secara relatif simen dan kapur adalah mahal dan meninggikan kos pembinaan. Projek ini bertujuan mengkaji kesesuaian Abu Terbang KelapaSawit (POFA) untuk menstabilkan tanah. POFA ialah abu terbang yang terhasildaripada pembakaran sabut dan tempurung kelapa sawit dalam dandang. Ia adalah bahan buangan dan tidak bernilai.Kajian ini melibatkan 2 bahagian utama iaitu kajian ciri-ciri tanah laterit sebelum campuran dan kekuatan ricih tanah bila dicampurkan dengan POFA. Kajian ciri-ciri tanah meliputi analisa ayakan, had Atterberg, kandungan sulfat, nilai pH, graviti tentu dan ujian pemadatan piawai. Ujikaji Paksitiga TakTerkukuh Tak Tersalir dilakukan untuk menentukan kekuatan ricih tanah pada campuran 5%, 7%, 9% & 12% POFA dalam masa pengawetan 1 hari dan 14 hari. Kekuatan tanah campuran simen dan campuran kapur juga diuji sebagai perbandingan.Daripada kajian yang telah dijalankan didapati bahawa 7% hingga 12% POFA meninggikan kekuatan ricih tanah sebanyak 29% pada tegasan normal 100 KN/m2 dalam masa pengawetan 1 dan 14 hari. Bagaimanapun kekuatan ricih tanah campuran simen dan tanah campuran kapur adalah lebih daripada dua kali ganda lebih tinggi daripada tanah yang dicampurkan dengan POFA.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)--Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001533896 TA710 C55 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page