Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penilaian ke atas keboleh-harapan prosedur kapasiti-hasilan sesebuah takungan
Title:
Penilaian ke atas keboleh-harapan prosedur kapasiti-hasilan sesebuah takungan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7456 ra
Abstract:
Terdapat berbagai-bagai jenis prosedur muatan-hasilan takungan yang boleh diguna untuk menganggar keperluan simpanan, yang mana setiapnya akan memberikan hasil dan tahap kebolehharapan yang berlainan. Lima kaedah telah dinilai dalam kajian ini dengan mengguna data dari tiga sungai di Malaysia. Kaedah-kaedah tersebut adalah Lengkung Timbunan, Analisis Kelakuan, Algoritma Puncak Jujukan, Kaedah Kebarangkalian Matriks Gould dan Analisis Penyelakuan menggunakan data terjana. Kaedah-kaedah ini merupakan teknik rekabentuk akhir.Simpanan yang perlu untuk setiap kadar permintaan dan kebarangkalian gagal yang tertentu diperolehi dengan mengguna data dahulukala sebagai masukan. Di samping itu, simpanan juga dianggar dengan mengguna Analisis Penyelakuan berasaskan siri aliran sungai terjana stokastik supaya kualiti rekabentuk dapat dipertingkatkan. Tiga ukuran kebolehharapan, iaitu yang berasasksn kejadian, yang berasaskan tempoh dan yang berasaskan kuantiti, telah diguna untuk menggambarkan prestasi sistem.Didapati bahawa Analisis Kelakuan dan Kaedah Kebarangkalian Matriks Gould menghasilkan keputusan yang baik. Dengan itu, kaedah-kaedah ini disyor untuk diguna, bersama-sama dengan Kaedah Penyelakuan yang menggunakan siri aliran sintetik. Kebolehharapan yang berasaskan kuantiti adalah satu ukuran kebolehharapan yang tepat, maka ia adalah sesuai diguna untuk keadaan Malaysia.
Subject Term:
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)-Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001533581 TC167 L46 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page