Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Analisis kekuda 2D dan 3D dengan simpanan meninggi
Title:
Analisis kekuda 2D dan 3D dengan simpanan meninggi
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7460 ra
Abstract:
Objektif utama projek ini ialah menggalakan penggunaan teknik-teknik terkini di dalam pembangunan perisian kejuruteraan. Skim Simpanan Meninggi yang merupakan kajian utama projek ini, adalah salah satu penemuan terbaru dalam meningkatkan keupayaan analisis struktur kerangka. Skim tersebut telah didapati sebagai cara mengoptimumkan ingatan di dalam mikrokomputer. Ia dibangunkan dari kajian mendalam Separuh Lebar Jalur Segiempat Tepat, yang terkenal di kalangan pengguna perisian analisis kekukuhan.Satu bahasa pengaturcaraan, C, iaitu satu bahasa pengaturcaraan paras-pertengahan, digunakan di dalam projek ini. Perkara ini merupakan satu jalan baru di dalam pembangunan perisian kejuruteraan, kerana kebanyakan perisian kejuruteraan yang sedia ada dibuat dengan bahasa pengaturcaraan paras tinggi. Keberkesanan bahasa ini dengan kod sumber yang padat telah menghasilkan keputusan yang menakjubkan dan boleh dipercayai dengan baik di dalam projek ini.Konsep Cakera Maya telah digunakan untuk meninggikan lagi kebolehan perisian yang terhasil. Masa perlaksanaan perisian dengan konsep ini amat singkat berbandingkan perlaksanaan secara yang biasa.Menu "popup", dan masukan dan keluaran skrin demi skrin telah membuatkan perisian lebih mudah digunakan oleh pengguna dan kelihatan lebih berbentuk iktisas. Warna-warna setiap skrin yang diselaraskan akan membuatkan pengguna tidak mudah jemu apabila membuat analisis struktur. Atas sebab kesingkatan masa, perisian tidak dapat diuji secara besar-besaran. Oleh itu, tugas ini diharapkan dapat dilakukan oleh pengguna untuk penulis.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)-Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001534829 TA641 N52 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page