Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pembiayaan projek pembinaan menurut perspektif Islam
Title:
Pembiayaan projek pembinaan menurut perspektif Islam
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7692 ra
Abstract:
Rumah adalah merupakan keperluan kepada setiap manusia. Pertambahan penduduk negara mempunyai hubungan secara lansung kepada pertambahan bilangan rumah yang diperlukan. Oleh itu perlulah industri pembinaan berada di dalam keadaan yang baik supaya keperluan ini dapat dipenuhi. Industri pembinaan lazimnya memerlukan belanja yang besar untuk menjayakannya. Begitu juga bagi sektor perumahan yang dimajukan oleh pemaju perumahan. Bagi memenuhi keperluan kewangan untuk membiayai projek ini biasanya pemaju akan berusaha mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan yang ada untuk membiayai projeknya. Kaedah pembiayaan yang dijalankan oleh institusi-institusi kewangan di Malaysia adalah berasaskan sistem kapitalis yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia perlaksanaannya. Bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan dari institusi kewangan ini beberapa syarat dan prosedur mesti dipersetujui dan dilakukan oleh pemaju. Memandangkan sering kedapatan kritikan terhadap perlaksanaan sistem ini maka suatu penganalisaan secara kualitatif dibuat ke atas perlaksanaan sistem. Memandangkan terdapatnya suatu sistem lain yang juga mampu untuk memberikan pembiayaan kepada pemaju maka di dalam penulisan dissertasi ini kaedah pembiayaan oleh sistem tersebut diperbincangkan. Sistem tersebut ialah Sistem Ekonomi Islam yang terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Sistem Ekonomi Perdagangan, Sistem Ekonomi Kemasyarakatan dan Sistem Ekonomi Kenegaraan. Memandangkan hanya Sistem Ekonomi Perdagangan dan Kemasyarakatan sahaja yang mempunyai hubung kait dengan keperluan pembiayaan projek pemaju maka ianya sahaja diperbincangkan. Seterusnya suatu perbandingan dibuat di antara kedua-dua sistem ini iaitu sistem konvesional dan Sistem Ekonomi Islam di dalam membiayai projek dari sudut persamaan, perbezaan dan kelebihan setiap sistem. Di akhir penulisan ini suatu kesimpulan dan suatu set cadangan akan diberikan bagi menangani permasalahan yang dihadapi di dalam perlaksanaan sistem konvesioanl menurut kaedah yang tidak bertentangan dengan Syarak (Islam).
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Bangunan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001357106 HD9715.M3M32 1991 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page