Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Rayapan logam pada suhu tinggi
Title:
Rayapan logam pada suhu tinggi
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7606 ra

Dilampiri oleh 2 lukisan teknik
Abstract:
Rayapan merupakan suatu fenomena yang terjadi pada bahan yang dikenakan tegasan dan kesannya amat serius apabila suhu operasinya melebihi 0.4Tm(Tm adalah suhu lebur bahan dalam darjah Kelvin). Tesis ini mengkaji kesan tegasan terhadap rayapan logam yang beroperasi pada suhu tinggi yang malar. Kajian dibuat terhadap kesan tegasan dan suhu dalam kejadian rayapan sesuatu logam serta hubungannya dengan masa. Proses bayaran lebih jelas diperhatikan dengan melakukan ujian rayapan musnah terhadap aloi aluminium AA 6063/T5 pada suhu 260 C dengan mengenakan beberapa nilai tegasan yang berlainan. Sebanyak 34 spesimen telah dijalankan ujian rayapan ke atasnya yang mana lapan daripadanya telah di dapati memuaskan untuk interpretasi data-data dan huraian selanjutnya. Senarai garispanduan untuk tentukuran peralatan ujikaji serta penganalisaan data-data yang didapati hasil ujikaji menggunakan mesin ujian rayapan suhu tinggi Mayes Model Mark II TC/20 (Rajah 3.1) disertakan bagi kegunaan di masa akan datang. Pemalar serta index rayapan bagi aloi aluminium AA 6063/T5 ditentukan bagi mendapatkan kadar rayapan minimum iaitu pembolehubah yang digunakan bagi menghubungkait penggunaan sifat rayapan logam ini dalam rekabentuk komponen mesin yang beroperasi pada suhu tinggi. Pemalar dan index rayapan ini boleh digunakan pada semua suhu walaupun ujikaji dijalankan hanya pada suhu 260 C sahaja. Diakhir lkajian diplotkan satu graf yang menghubungkan Parameter Larson Miller dengan tegasan. Graf ini didapati berguna dalam menentukan tempoh kegagalan logam atau aloi aluminium yang akan digunakan pada tegasan-tegasan yang dikehendaki, sebelum analisis statik dijalankan. Beberapa cadangan juga disenaraikan dalam bab akhir tesis ini bagi meningkatkan kajian-kajian seterusnya di masa akan datang.
Subject Term:
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001250756 TA418.22 M39 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page