Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perisian komputer untuk sejatpeluhan
Title:
Perisian komputer untuk sejatpeluhan
Personal Author:
Publication Information:
1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7654 ra
Abstract:
Penggunaan komputer di dalam analisa dan kajian dalam bidang-bidang yang tertentu amat memudahkan, terutama sekalidalam menghasilkan sesuatu keputusan yang dikehendaki.Oleh itu penggunaan komputer sehingga ke hari ini dapat memberikan suatu penghasilan yang mengkagumkan dari data-datayang dianalisa.Begitu juga halnya di dalam menentukan kadar keupayaan sejatpeluhan, aturcara yang perlu dibina adalah berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang digunakan.Di dalam projek ini telah dicadangkan beberapa kaedah yang perlu dijalankan kajian seperti : 1)-Kaedah Penman JPS (Malaysia) 2)-Kaedah Penman Basic 3)-Kaedah Penman Basic (SR).Bagi setiap kaedah yang dianalisa telah dibina aturcaranya dalam menentukan kadar sejatpeluhan (ET).Seterusnya perbandingan dibuat antara nilai-nilai kadar keupayaan sejatpeluhan yang dihasilkan Tiga faktor albedo yang digunakaniaitu untuk kawasan 1)-Terbuka 2)-Padang rumput 3)-Hutan tropika.Kaedah Penman JPS (Malaysia) yang diambil sebagaianggaran terbaik dan sesuai di Malaysia kemudian dibandingkan dengan penggunaan kaedah Penman Basic dan Kaedah Penman Basic (SR).Nilai terus dari anggaran menggunakan kaedah Pan Sejatan juga dilihat untuk mengenal pasti perbezaan antara nilai impirikal yang dikira dengan anggaran terus.Sumber data diambil dari Perkhidmatan Kajicuaca, dari tahun 1981 hingga 1990 selama 10 tahun.Data-data tersebut ialah suhu, halaju angin, kelembapan relatif, sinaran suria dan tempoh terang terbit matahari sebenar.Aturcara yang dibina boleh menganalisa data sehingga 20 tahun.Hasil dari analisa diperolehi, kaedah Penman Basic merupakan kaedah yang mudah dan ringkas.Ianya boleh diterima untuk keadaan di Malaysia memandangkan nilai keupayaan sejatpeluhan hampir kepada kaedah Penman JPS.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003049 QC915.5 .M66 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page