Cover image for Kesan cuaca terhadap tempoh penyiapan kerja
Title:
Kesan cuaca terhadap tempoh penyiapan kerja
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7917 ra
Abstract:
Sesebuah projek pembinaan itu dianggap berjaya jika ia dapat disiapkan mengikut perancangannya dari segi masa penyiapan kerja, kualiti dan kos yang telah dianggarkan. Kegagalan ia memenuhi salah satu daripada apa yang telah dirancangkan ini boleh mengugat prestasi kejayaannya. Namun begitu dewasa ini banyak terdapat projek-projek yang tidak dapat disiapkan mengikut jadual perancangannya. Salah satu alasan kelewatan yang sering dikemukakan oleh kontraktor adalah kelewatan berpunca dari cuaca. Sehubungan itu, penulis disertasi ini dibuat untuk melihat kesan cuaca ini terhaddap tempoh penyiapan kerja. Tumpuan kajian ini adalah terhad kepada kawasan disekitar Kuala Lumpur sahaja. Berdasarkan dari pembacaan, wawancara, surat meminta lanjutan masa dan penganalisaan terhadap borang soal selidik serta jadual taburan hujan, disertasi ini dapat mengesan sejauhmana cuaca mempengaruhi tempoh penyiapan kerja. Kesan ini dilihat dari segi kedudukannya di dalam punca yang menyebabkan kelewatan serta jangkamasa yang kerap diminta lanjutan masa kerana hujan ini. Disamping itu turutan kerja dan aktiviti yang terjejas akibat cuaca ini juga dikenal pasti untuk mengetahui apakah aktiviti yang terjejas dengan kritikalnya akibat hujan serta turutan aktiviti lain yang juga terjejas. Walaupun cuaca ini memberikan kesan yang besar terhadap tempoh penyiapan kerja, namun adalah sukar untuk pihak klient membenarkan lanjutan masa kerana hujan ini diberikan. Ini adalah kerana kontraktor sepatutnya telah terlebih dahulu menganggarkan dan memperuntukan waktu di mana kerja tidak dapat dijalankan kerana hujan untuk ditolak dari hari bekerja dengan tepat di dalam jadual rancangan kerjanya. Jesteru itu berdasarkan hasil analisa jadual taburan cuaca dan turutan aktiviti yang terjejas akibat cuaca ini, cadangan jadual rancangan yang berpandukan keadaan masalah kelewatan berpunca dari hujan ini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1993.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002807 TH425.M39 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002144578 TH425.M39 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order