Cover image for Pengurusan buruh di tapak bina : satu kajian ke atas projek kampus baru UTM Skudai, Johor
Title:
Pengurusan buruh di tapak bina : satu kajian ke atas projek kampus baru UTM Skudai, Johor
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1987
Abstract:
Pengurusan projek merupakansatu bidang pengkhususan di dalam industri binaan yang memerlukan kemahiran didalam berbagai aspek. Pengurus yang bertanggungjawab terhadap buruh perlu mengenalpasti mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti buruh ini untuk berjaya di dalam bidangnya. Kajian dissertasi ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bagaimana pengurusan buruh dilakukan di tapak binaan projek kampus ,baru UTM, Skudai, Johor untuk mencapai matlamat projek amnya dan matlamat pengurusan buruh khususnya. Diantara objektif lain dissertasi ini adalah untuk membuat tinjauan ke atas Program Latihan Kemahiran Belia Kobena yang ditubuhkan khususnya untuk projek ini. Kajian telah dijalankan pada projek ini terbengkalai di bawah kontrak "Cost Plus Negotiated Fixed Percentage Fee". Secara keseluruhannya skop kajian telah merangkumi pengurusan buruh secara am, organisasi, perancangan, pengawalan dan bentuk komunikasi yang telah digunakan untuk pengurusan buruh. Penjelasan juga telah diberikan ke atas jenis-jenis buruh yang terlibat, Latihan Kemahiran Belia KOBENA serta kebajikan dan motivasi pekerja yang disediakan didalam projek ini. Kesemuanya ini dilihat dari segi aspek-aspek yang terlibat, objektif dan masalah yang timbul. Metodologi utama yang digunakan ialah melalui temuramah dengan pihak KOBENA-SAMBU dan pihak Pengarah Kerja telah terlibat di dlam projek ini. Hasil kajian dissertasi ini telah dapat menunujukkan masalah-maslah yang boleh timbul daripada jenis kontrak yang digunakan. Cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk dijadikan panduan di dalam pengurusan buruh sekiranya keadaan kontrak yang sama timbul pada masa akan datang. Langkah-langkah yang wajar patut diambil untuk menjamin pengurusan buruh yang baik supaya kos yang minimum boleh dicapai daripada penggunaan buruh yang optimum walaupun keadaan kontrak tidak memberikan sebarang insentif untuk menjimatkan kos projek.
DSP_DISSERTATION:
Project paper (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002780 HD8039.L2 N47 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000005543 HD8039.L2 N47 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order