Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Tanah terbiar di negeri Melaka, pembangunan serta kesannya terhadap nilai tanah : kes kajian sawah terbiar di Alor Gajah
Title:
Tanah terbiar di negeri Melaka, pembangunan serta kesannya terhadap nilai tanah : kes kajian sawah terbiar di Alor Gajah
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4049 ra
Abstract:
bab satu menrangkan tujuan kajian, iaitu mengkaji kesan pemulihan dan pembangunan tanah terbiar keatas nilai tanah. Dinyatakan juga bahawa maksud tanah terbiar ialah tanah yang diberi milik tetapi tidak diusahakan lebih dari tiga tahun berturut-turut. Kajian tanah terbiar ini adaslah ditumpukan pada sawah terbiar sahaja, iaitu sawah terbiar di daerah Alor Gajah. Ini adaslah disebabkan maklumat-maklumat dan data-data tentang tanah terbiar yang lain seperti tanah kampung, tanah getah dan tanah kerajaan amat sukar sekali untuk mendapatkannya. tambahan pula pada masa ini jika disebut sahaja tentang terbiar maka perkara yang tebayang oleh seseorang adlah tentang sawah terbiar. Pada waktu ini terdapat lebih kurang 1916 hektar sawah terbiar di daerah Alor Gajah, iaitu lebih kurang 44% dari keluasan sawah yang sebenar. Bab kedua pula menerangkan sebab-sebab sawah menjadi terbiar. Dari kajian yang telah dijalankan oleh pejabat-pejabat kerajaan di Negeri Melaka dan dari pemerhatian saya sendiri didapati bahawa faktor yang menyebabkan sawah menjadi terbiar ialah kekurangan air yagn disebabkan oleh tidak adanya sistem taliair yang sempurna, kekurangan tenaga kerja, terdapatnya 'Absentee Landlord' (tuan tanah duduk luar), tanah sawah dipenuhi oleh pasir dna koto-kotoran akibat dari pembangunan disekitarnya, tanah sawah yang masam, kekurangan jentera pembajak, sikap negatif pemilik terhadap hak milik tanah, iaitu menyimpan tanah tanpa diusahakan dan menganggapnya sebagai harta yang bernilai yang boleh digunakan sebagai sandaran jaminan untuk digunakan pada masa-masa kesusahan. Disamping itu faktor-faktor lain yang menyebabkan tanah menjadi terbiar ialah pandangan rendah masyarakat pada kerja-kerja pertanian, beras boleh didapati denganmudah di pasaran dan akhir sekali ialah tidak adanya tindakan tegas yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap tuan-tuan tanah yagnnyang tidak mengusahakan tanah mereka. Disamping faktor-faktor yagn menyebabkan sawah menjadi terbiar, didalam abab dua ini juga, penulis mengkaji akibat buruk dari sawah terbiar tersebut. Kajian ini adaslah bertujuan untuk menyedarkan pemilik-pemilik tanah tentang kerugian yang didapati jika mereka teidak mengusahakan tanah-tanah mereka. Manakala di dalasm bab ketiga pula penulis menerangkan usaha-usaha yagn dijalankan untuk memulihkan sawah terbiar. Terdapat tiga badan khas yang menjalankan kerja-kerja pemulihan ini, iaitu pihak MIADP, Syarikat Pembangunan pertanian dan perbadasnan Kemajuan Negeri Melaka. Dari kajian yang telah dibuat didapati usaha-usaha yang dijalankan uhuntuk memulihkan sawah terbiar ialah seperti pemulihan semula sawah iaitu ditanam semula dengan padi, projek tanaman jangka pendek seeprti menenam sayur-sayuran, projek padang ragut, projek membuat dusun, peojek membuat kolam ikan, projek menanam kelapa sawit seperti yang terdapat di lendu dan di kuala Sungai Baru dan akhir sekali ialah membuat projek perumahan. Pembinaan kawasan perumahan diatas sawah terbiar hanya dilakukan setelah kebenaran perancang dan tukar syarat diluluskan. biasanya sawah terbiar yang dibuat kawasan perumahan, hanyalah sawah terbiar yang memang tidak boleh dipulihkan lagi untuk sebarang usaha-usaha pertanian, dan tanah pertanian ini terletak di kawasan membangun seperti tanah terbiar yang terletak di pekan Alor Gajah. Tujuan pengawalan ini dibuat ialah untuk memastikan tanah -tanah pertanian tidak pupus pada masa-masa akan datang akibat ditukar syarat menjadi kawasan perumahan. Untuk memulihkan sawah terbiar ini berbagai aktiviti dijalankan seperti sistem 2L (sistem latihan dan lawatan), latihan petani, memberi bantuan seperti bantuan benih padi, racun serangga, baja, subsidi bajak, membina parit dan saliran, membaiki sistem sungai, memberi pinjaman kepada petani sehingga $5,000 tanpa di kenakan sebarangfaedah dan jika pinjaman ini bernilai $2,000 ke bawah peminjam hanya perlu mengemukakan 2 orang penjamin sahaja. Didalam bab tiga juga penulis membuat kajian tentang masalah-masalah yang dihadapi semasa usaha-usaha pemulihan dijalankan dan kesan pemulihan dan pembangunan sawah terbiar tersebut terhadap nilai tanah. Dari kajian yang telah dibuat didapati bahawa nilai tanah sawah yang terbiar yang paling tinggi ialah bila ianya dibuat kawasan perumahan, diikuti dengan tanah yang ditanami dengan kelapa sawit, tanah dusun, tanah sawah yang ditanami dengan padi dan kahir sekali tanah yagn ditanami dengan tanaman jangka pendek. Akhir sekali didalam bab keempat penulis membuat cadangan-cadangan bagi mempercepatkan pemulihan sawah terbiar, supaya sawah terbiar tidak ujud lagi pada masa-masa akan datang.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda (Pengurusan Hartabenda)) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006859 HD890.6.Z9 A46 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000084016 HD890.6.Z9 A46 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page