Cover image for Pembangunan industri berasaskan pertanian di Kejora
Title:
Pembangunan industri berasaskan pertanian di Kejora
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2203
Abstract:
Pembangunan industri yang berasaskan pertanian dijadikan strategi pembangunan perindustrian di wilayah Kejora. Ia bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan bandar dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk. Pembangunan pertanian merupakan program utama, dimana seluas 38% daripada keluasan wilayah ini dikenalpasti berpotensi untuk pembangunan pertanian. Ini melibatkan 28,000 hektar hutan. Tanaman utama wilayah ini ialah kelapa sawit dan getah. Usaha-usaha ke arah mempelbagaikan tanaman juga dijalankan tetapi mengalami kegagalan disebabkan kurangnya kemahiran pengurusan, modal dan pasaran. Hasil dari kelapa sawit, getah, balak dan pelbagaian tanaman diharapkan daapt menwujudkan peluang-peluang pekerjaan melalui pembangunan industri berasaskan pertanian. Sehingga kini, pembangunan industri berasaskan pertanian di wilayah Kejora adalah lembab dan tidak mencapai sepertimana yang dikehendaki oleh Pelan Induk Kejora. Kelembapan pembangunan perindustrian berasaskan pertanian adalah ekoran dari penggunaan hasil pertanian yang minimum di dalam mengujudkan sektor perindustrian. Ini dapat dilihat dari pembangunan perindustrian wilayah ini hanya berada di peringkat pemerosesan sahaja. Wilayah ini mempunyai potensi dalam membangunkan industri berasaskan pertanian, sumber manusia dan tanah. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah dalam mengujudkan pembangunan perindustrian. Masalah utama ialah kekurangan bahan mentah (hasil pertanian) kerana tiadanya penyelarasan antara sektor-sektor pelaksana pembangunan pertanian ke arah mengujudkan sektor pembuatan, dimana kesemua hasil pemerosesan dihantar ke wilayah lain untuk peringkat-peringkat pemerosesan seterusnya. Dengan ini, bahan mentah wilayah ini dapat menjanakan pembangunan perindustrian di wilayah ini. Di samping itu ketiadaan penyelarasan antara agensi pembangunan perindustrian di negeri Johor telah menyebabkan berlakunya persaingan dengan lain-lain taman industri terutamanya Pasir Gudang. Kekurangan insentif dalam menarik pelabur serta kekurangan pendedahan kawasan ini kepada umum adalah di antara sebab-sebab kelembapan pembangunan perindustrian wilayah ini. Dengan ini adalah dicadangkan garis panduan pembangunan industri berasaskan pertanian. Cadangan meliputi garis panduan perlaksanaan pembangunan pertanian dan perindustrian serta galakan-galakan pelaburan bagi wilayah ini.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003352 HD2080.6.Z9 J69 1986 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003727 HD2080.6.Z9 J69 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order