Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian proses dan prosedur kelulusan penilaian kesan lalulintas
Title:
Kajian proses dan prosedur kelulusan penilaian kesan lalulintas
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 8544 ra
Abstract:
Dalam proses perancangan bandar yang sentiasa berorientasikan masa hadapan, jururancang harus dilengkapi dengan berbagai alat perancangan untuk rneramal perubahan dan membuat keputusan perancangan untuk menghadapi cabaran pembangunan masa depan Dan segi perancangan lalulintas, Penilaian Kesan Lalulintas (PKL) adalah satu alat kawalan perancangan untuk membantu jururancang membuat keputusan dalam penilaian permohonan pembangunan tanah. Untuk menjamin pencapaian tujuan kawalan pembangunan dari segi lalulintas, proses penyemakan laporan PKL dan pengenalpastian faktor utama yang mempengaruhi hasil kajian PKL adalah sangat penting. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpastikan kelebihan dan kelemahan dalam proses penyemakan laporan PKL. Hasil penyelidikan ini mempunyai faedah kegunaan kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan perancangan bandar seperti jururancang bandar, jurutera trafik, pembuat keputusan dan pemaju swasta yang terlibat dan pembangunan gunatanah. Dengan hasil penyelidikan ini, pihak kerajaan dapat mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki proses dan prosedur penyemakan PKL. Pendekatan penyelidikan ini dimula dengan kajian teoritikal tentang konsep PKL, hubungan pembangunan gunatanah dan corak aliran trafik serta sistem kawalan pembangunan. Ini diikuti dengan pemahaman tentang peraturan dan prosedur penyemakan PKL semasa. Di peringkat analisis, data dibanding untuk mengenalpasti perbezaan proses penyemakan PKL antara setiap kawasan pentadbiran. Daripada penemuan kelemahan dan kelebihan proses penyemakan PKL mengikut kawasan pentadbiran yang dikaji, proses dan garispanduan penyemakan PKL serta polisi tentang PKL dicadangkan di bahagian akhir penyelidikan. Penyelidikan ini membolehkan jururancang dan pihak yang mengkaji semula laporan PKL mengambilkira keperluan pertimbangan yang bersepadu antara pembangunan gunatanah dan sistem lalulintas supaya dapat mengelakkan atau mengurangkan masalah aliran lalulintas yang disebabkan oleh cadangan pembangunan baru. Walau bagaimanapun, penyelidikan ini mempunyai beberapa batasan dari segi skop kajian. Oleh itu, bahagian akhir penyelidikan ini telah mengenalpasti penyelidikan lanjutan yang perlu dijalankan untuk memperbaiki lagi cadangan garispanduan dan polisi berkenaan dengan PKL.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000106 HT169.M32 J6913 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000003344466 HT169.M32 J6913 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page