Cover image for Satu perbandingan tentang keberkesanan dan pendapat pelajar antara kaedah eksperiental dan kaedah pengajaran langsung dalam matapelajaran amali
Title:
Satu perbandingan tentang keberkesanan dan pendapat pelajar antara kaedah eksperiental dan kaedah pengajaran langsung dalam matapelajaran amali
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8614 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan dan pendapat pelajar antara dua kaedah pengajaran amali iaitu kaedah eksperiental dan kaedah pengajaran langsung. Kajian telah dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor di mana seramai 40 orang pelajar yang terlibat sebagai sampel. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ujikaji dan kumpulan terkawal. Setiap kumpulan disertai oleh 20 orang sampel mengikut pencapaian mereka dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Kumpulan ujikaji menerima rawatan menggunakan kaedah eksperiental manakala kumpulan terkawal diberikan kaedah pengajaran langsung. Kedua-dua kumpulan ini diberikan satu set ujian pencapaian dan soal - pendapat yang sama selepas sahaja mereka mengikuti sesi pembelajaran. Segala data diproses menggunakan Ujian T berbantukan kepada perisian SPSS/PC+ bagi membandingkan antara dua purata dan menguji kewujudan perbezaan signifikan bagi setiap perbandingan antara pencapaian dalam kumpulan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah eksperiental dan kaedah pengajaran langsung dalam penguasaan maklumat berpandukan kepada skor markah yang diperolehi. Begitu juga dengan kaedah yang digemari oleh pelajar di mana terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah eksperiental dan kaedah pengajaran langsung berdasarkan kepada soal - pendapat selepas ujikaji.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003415381 LB1027.3 J35 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order