Cover image for Kajian kemudahan sosial pusat pertumbuhan desa. Kajian kes : Kampung Tersusun Parit Seraya Pontian
Title:
Kajian kemudahan sosial pusat pertumbuhan desa. Kajian kes : Kampung Tersusun Parit Seraya Pontian
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7696 ra
Abstract:
Pembangunan PPD mengikut Dasar Halacara Baru Pembangunan Luar Bandar merupakan satu pendekatan yang dibuat bagi menyelesaikan masalah pembangunan luar bandar serta membantu penduduk menikmati kemudahan-kemudahan dengan lebih berkesan melalui penyusunan semula kampung. Kajian Kemudahan Sosial Pusat Pertumbuhan Desa di Kampung Tersusun Parit Seraya, Pontian dibuat untuk melihat pertimbangan-pertimbangan terhadap kepentingan penyediaan kemudahan sosial didalam pembentukan konsep PPD. Selain daripada itu,

kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji asas-asas penyediaan kemudahan sosial didalam pembentukan konsep PPD. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji asas-asas penyediaan kemudahan sosial dari segi jenis, bilangan, saiz, perletakan dan kesesuaian penggunaan piawaian perancangan. Bagi mencapai tujuan kajian tersebut, bidang kajian ditumpukan mengarah kepada mengkaji dan mengenalpasti keadaan fizikal kemudahan-kemudahan sosial yang disediakan iaitu tadika, surau, klinik, balairaya dan

sekolah rendah. Kemudahan-kemudahan tersebut dikaji untuk melihat persepsi penduduk penduduk terhadap tahap penggunaan, tahap kepuasan, penerimaan penduduk , kesesuaian perletakan dan cadangan-cadangan penduduk. Berdasarkan analisis, hampir keseluruhan penduduk berpuashati dengan penyediaan kemudahan tersebut. Terdapat hanya dua masalah utama iaitu masalah saiz kemudahan kecil khusus untuk kemudahan kecil khusus untuk kemudahan tadika dimana keluasan bangunan tidak dapat menampung jumlah pelajar. Selain

daripada itu, perletakan kemudahan yang jauh daripada rumah penduduk juga telah menimbulkan masalah kepada penduduk. Untuk mengatasi masalah tersebut, sebuah tadika cawangan dicadangkan serta cadangan mempertingkatkan tahap klinik bidan kepada klinik desa. Penemuan-penemuan utama didapati penyediaan kemudahan-kemudahan di PPD perlu mengambilkira faktor-faktor penduduk tadahan, jarak perletakan, kemudahsampaian, struktur umur, saiz kemudahan, potensi perkembangan PPD dan kesesuaian dengan piawaian

perancangan. Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan bahawa konsep pengelompokkan kampung-kampung tanpa pemindahan elemen-elemen kemudahan sediada merupakan satu konsep yang dapat menagihkan penggunaan kemudahan dengan lebih efektif dan penggunaan konsep perkongsian secara bersama dalam jarak 'walking distance' dapat mewujudkan jalinan interaksi yang baik antara penduduk.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001162 HN49.C6K35 1991 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001342322 HN49.C6K35 1991 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order