Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Cadangan merekabentuk kompleks tennis dan squash untuk kompleks sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
Title:
Cadangan merekabentuk kompleks tennis dan squash untuk kompleks sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7691 ra
Abstract:
Perancangan rekabentuk bangunan kompleks sukan memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang terperinci bagi mengatasi masalah kemungkinan bangunan cadangan ini tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini merangkumi aspek-aspek sistem pregerakan, pengurusan, binaan dan juga penjagaan. Oleh itu sesuatu rekabentuk itu seharusnya mempunyai asas yang kuat serta kajian fesibiliti yang baik dan kemudiannya dibukukan dalam bentuk lapuran untuk tujuan penyemakan di masa akan datang.

Berdasarkan kepada fahaman inilah maka satu lapuran yang lengkap akan disediakan sebagai maklumat tambahan bagi memudahkan pemahaman terhadap bangunan cadangan yang direkabentuk ini iaitu Bangunan Kompleks Tennis dan Squash.

Setiap bab dalam lapuran ini akan menerangkan aspek-aspek yang berasingan mengenai perkara-perkara yang berlainan yang akhirnya akan merangkumi keseluruhan maklumat dalam rekabentuk kompleks tennis dan squash ini.

Bab pertama menerangkan secara amnya mengenai pengenalan, isu, permasalahan, objektif, sekop kajian serta methodologi kajian yang mana akan menggambarkan perkara yang cuba ditekankan dan yang ingin dicapai oleh pereka dalam rekabentuknya dan juga sebagai asas serta panduan perjalanan rekabentuk nanti.

Dalam bab kedua pula penerangan dan pemahaman tentang projek cadangan kerajaan iaitu Kompleks sukan Negeri Terenganu akan diterangkan agar perkaitan atau kontektual bangunan cadangan dengan persekitarannya dapat dibuat perbandingan dan mengujudkan pertalian.

Seterusnya tapak juga akan dihuraikan dalam bab ke tiga bagi mendapatkan gambaran keadaan tapak dan digunakan sepnuhnya pontensi yang terdapat dalam tapak cadangan.

Bab terpenting adalah bab empat yang menerangkan konsep perancangan keseluruhan kompleks sukan yang mana ini akan mempengaruhi rekabentuk tapak bagi kompleks cadangan. Dalam bab seterusnya iaitu bab lima maklumat penting daripada gunaan adalah diperlukan untuk memudahkan rekabentuk bangunan nanti agar ianya tidak bercanggah dengan kehendak pelanggan.

Dalam bab enam kajian merupakan aspek penting yangmana ianya amat berguna sebagai perbandingan dengan bangunan-bangunan sediada samada dalam negeri atau luar negeri yang mana akan menentukan samada bangunan cadangan ini dapat berfungsi dengan baik atau tidak.

Bab tujuh adalah isi utama dalam lapuran ini yang mana ianya akan memerangkan pendekatan rekabentuk bagi bangunan cadangan dari aspek filosofi, objektif rekabentuk, konsep rekabentuk serta perancangan tapak. Manakala bab lapan pula merupakan bab teknikal sahaja.

Daripada penerangan yang terdapat dalam setiap bab dalam laputan ini adalah diharapkan pehak-pehak tertentu yang membacanya dapat memahami dan dan seterusnya menilai setiap maklumat dan juga perkara yang cuba dilakukan oleh pereka bangunan cadangan ini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001343742 NA6800 M63 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page