Cover image for Penilaian prestasi sistem bio-soil sebagai satu loji rawatan kumbahan berjentera
Title:
Penilaian prestasi sistem bio-soil sebagai satu loji rawatan kumbahan berjentera
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7460 ra
Abstract:
Sistem rawatan kumbahan berjentera merupakan sistem yang luas digunakan terutama sekali di kawasan bandar dimana kos tanah tinggi dan penggunaan tanah tinggi. Kebaikan sistem rawatan kumbahan berjentera ialah merendahkan penggunaan tanah.Penyelidikan ini ditumpukan sepenuhnya pada sistem bio-soil yang merupakan sistem yang baru diperkenalkan ke Malaysia. Sistem bio-soil menggunakan prinsip asas penuras bio (bio filter) berudara yang ditutupi tanah dan dikatakan dapat menghasilkan efluan yang berkualiti dengan bekteria kaliform yang rendah, sedikit enapcemar dan menghapuskan bau busuk (odour).kajian kes telah dibuat di Loji Rawatan Kumbahan Sistem Bio-soil yang terletak di Bandar Baru Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dua sistem berasingan dibina iaitu bahagian parit tanah (berjentera separuh) dan bahagian penuras bio (berjentera penuh).Kajian akan memasukkan penyiasatan tapak untuk mengukur parameter-parameter sperti BOD, COD, SS, enapcemar dan lain-lain lagi di setiap proses unit.Dewasa ini, Loji rawatan ini hanya 29.4% dibebankan. Beban BOD pada aliran masuk ialah 53.5mg/I dimana ia jauh berbeza dengan beban BOD rekabentuk.Analisis menunjukkkan bahawa kadar penyingkiran BOD dan SS ialah 67% dan 83.6% di bahagian parit tanah. Manakala kadar penyingkiran BOD dan SS ialah 56% dan 73% dibahagian penuras bio.Walau bagaimanapun, penilaian muktamad atas sistem bio-soil masih tidak boleh dibuat kerana keberkesanan sesuatu sistem rawatan kumbahan hanya boleh dilihat dengan jelas selepas 10 hingga 20 tahun.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)-Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001534787 TD755.N54 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order